Sunday, October 10, 2010

petani moden... harta berjuta

Hah…. Dah kata hantu game. Lantak la korang nak kata macam bebudak tak matang. Tapi ni la keje kalau takde keje.

Sejak terpengaruh main game harvest moon : boy and girl… giat main harvest moon yang lelain nak lagi khas untuk psp game. Harvest moon : Innocent Life. Tapi paling suka nak main berulang-ulang harvest moon : boy and girl sangat tak bosan.

Then this year in April natsume launch new game Harvest moon : hero of leaf valley yang telah translate to English. Kalau pandai berbahasa Jepun tahun 2009 lagi dah boleh main. Tapi walaupun dapat free download game selama 2 tahun. Cujie giat download sendiri guna Utorrent. Berhari-hari nak download 483MB. Erk! Lembabssss…

This game lebih kurang dengan Harvest moon : boy and girl. Tapi this time not into farming sangat but most buat part time to get extra money then bela lembu dan ayam 3 ekor. Selain tu dok kutip apa yang ada di hutan. Kais pagi makan pagi kais petang jual esoknya.

Matlamat hidup Haikal guna nama Haikal as the Hero selain menjadi berjaya dari segi penternakan dan perladangan dia harus mengumpul 50,000G untuk menyelamatkan Leaf Valley dari dijadikan Funland iaitu sebuah taman tema baru.

Selain itu semestinya mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri penyeri di dalam hidupnya. Banyak sangat calon tapi hati sudah tertarik dengan Katie. Cantik orangnya sopan santun. Suka sangat manisan... pandai buat kek. Nanti boleh la cujie belajar dengan menantu sendiri. LOL.
Dah tu bukan masalah diri sendiri perlu dijaga... masalah penduduk kampung pun kena jaga dan ambil berat. Mungkin satu hari nanti Haikal mungkin jadi ketua kampung... who knows..
Cuma this game penduduk kampung tidak seramah penduduk kampung dalam harvest moon : boy and girl. Susah sikit nak ambil hati diorang… asyik kita je nak kasi hadiah. Bila kasi hadiah macam tak happy je gitu. Lama-kelamaan baru la semakin mesra.

Ok la nak sambung main game ni. Sape antu game yang tak suka main game yang memeningkan kepala boleh la main game ni. Happy-happy je game ni.

No comments: