Friday, October 1, 2010

Perginya tak kembali

Tanggal 29 September 2010 bersamaan 20 Syawal 1431H pada jam 5.50am nenek telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Temerloh akibat acute exalerbation of coad with type II respiratory failure.

Cujie mendapat perkhabaran sedih itu lebih kurang 15 minit kemudian dari panggilan telefon dari mak cujie. Agak terkejut tapi ini semua ketetapan Illahi... sampai situ sahaja perjanjian arwah nenek. Kebetulan pula hubby masih belum lagi balik dari tempat kerja... dia dapat tahu pun dalam pukul 7.15am. Hubby terpaksa tidur dulu sebab mengantuk sangat.
Bertolak ke Felda Sungai Nerek lebih kurang pukul 9.30pagi dan sampai di sana pukul 11.30am. Alhamdulillah sampai tu jenazah baru sahaja nak dimandikan. Jadi cujie pun sempat menolong sama nak mandikan jenazah. This is my very first experience menolong memandikan jenazah. Dulu arwah abah semuanya keluarga lelaki yang mandikan. Hubby jelah masa tu dapat tolong.

Selesai mengkafankan sedang elok azan zuhur. Selesai solat zuhur ramai orang surau pun sampai siap-siap nak sembahyang jenazah. Dan terus dibawa turun dari rumah menuju ke tanah perkuburan.
Mak dan adik-adik dari JB tak sempat nak tengok jenazah termasuk juga mak long ana sekeluarga dari Bedok, Singapore. Cuma mak long timah dari Marsiling, Singapore sempat itupun masa jenazah dah diturunkan ke liang lahad. Tengok dari atas sahajalah. Ahli keluarga yang lain alhamdulillah memang dah sampai di rumah arwah sejak awal lagi.

Alhamdulillah... semua urusan pengebumian dipermudahkan. Malam tu diadakan kenduri tahlil. Diikuti selama 3 hari berturut-turut.
Cujie balik ke KL setelah selesai kenduri tahlil hari kedua yang diadakan selepas Isyak. Sampai KL pukul 12tgh mlm.

Semoga roh arwah nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. Kubur arwah nenek bersebelahan dengan kubur arwah aki. Cuma kubur arwah abah jauh sikit kedudukannya.

No comments: