Tuesday, October 26, 2010

Kiddos having fun ~ TTP

Dah lama rasanya tak singgah mana-mana playground. Sejak H1N1 mula menular negara kita rasanya. Sangat, sangat dan sangat lama hingga kesian pada kiddos yang selama ini bila tiba hari minggu memang tak ke mana melainkan ke badminton court. Tengok ayah dia main sambil tu diorang berlari sana sini tepi court.
Last Sunday bring them to Tasik Perdana. Jelas sekalilah keterujaan diorang dalam kereta bila sebut playground. Memula ingat nak bawa ke taman jaya je... tapi infrastruktur dan alat permainan sangat tidak canggih. Macam la kat tasik perdana tu ala-ala ada robot. Actually ummi diorang yang nak sangat pi Tasik Perdana. Sudah lama benar tak jejakkan kaki ke sana... kalau tak silap kali terakhir ke sana masa hari arwahyarham abah koma. Masa tu awal lagi untuk waktu melawat jadi kami duduk sambil alas perut pagi tu bersama parents in law cujie. Kami pun adik beradik dulu boleh dikatakan setiap minggu datang bermain di Tasik Perdana berselang seli dengan Taman Tasik Titiwangsa sambil main rollerblade. Jadi ada sedikit kenang-kenangan di taman-taman tersebut. I miss the good old days...
Erm walaupun permainan di Tasik Perdana dah agak uzur warnanya dapatlah juga menggembirakan hati kiddos. Panjat sana... menggelungsur sini... lompat sana... terjun sini... hehe. BEBAS. Kalau tak asyik terperuk di rumah lagi sikit nak jadi jeruk. Ummi pun dah tak terlayan hyperactive diorang kalau kat rumah. Jadi biar lepas je kat playground.
Walaupun langit gelap petang ahad hari tu redah juga. Mujur kami anak beranak masuk sahaja dalam kereta hujan pun mula turun. Tapi memang warga KL pun dah takde tempat lain nak bawa famili beriadah. Penuh satu taman tak kurang juga pengantin baru buat outdoor photoshoot tepi tasik.
Jadi hari ahad ni kita ke mana ye... taman tasik atau badminton court? Tunggu...

No comments: