Monday, October 4, 2010

Hold Spray

Balik dari Temerloh tempohari kereta penuh dengan semut hitam. Pada mulanya hanya duduk di celah-celah bumbung kereta dan bahagian boot. Kemudian setelah sehari dibiarkan semut mula masuk ke dalam kereta. Semut sangat cepat bertindak.

Sempat juga hubby berlawak bila mak tegur kereta penuh semut. Katanya semut tu pun teringin nak makan angin di Kuala Lumpur.

Petang semalam hubby teringat satu spray khas yang telah diberikan oleh my cuzzie, Abg Boy. Spray ni khas untuk aircraft sahaja dan mampu membunuh nyamuk, semut ataupun lipas. Dan sangat berkesan untuk membunuh lipas magadascar yang jenis keras tu.

Tapi cujie pulak teringin nak mencuba spray bahagian bawah sinki dan dalam laci. Lipas memang suka duduk di kawasan sejuk dan gelap. Cujie biasa jumpa tahi lipas je... kadang kalau jumpa lipas pun dalam bathroom. Benci lipas... geli! Geli sebab kaki dan baunya. Nak lagi yang jenis terbang... terpekik terlolonglah sambil kejar spray.

Setelah sejam cujie spray... yang pada mulanya cujie rasa macam tak berkesan je. Spray tu takde bau yang seperti biasa... wangi pula tu. Hah tengok hasilnya...

Semut yang duduk merayap kat dinding pun mati. Lipas siap keluar dari bawah sinki dan laci tergolek golek…


No comments: