Saturday, October 2, 2010

Concert & Graduation Day Bethany Montessori

Wah tangan masih berbau hanyir ikan lagi ketika menaip patah perkataan di sini. Tuan belog ini sangat memuji masakan beliau sehingga sanggup menaip keadaan bauan tangannya di sini. Maklumlah dapur setahun sekali berasap mau tak kembang kempis hidung bila selesai memasak lauk berbuka untuk suami tersayang.
Tempat bersejarah untuk ahmad haikal serta keluarganya
watching the showYang berbahagia bersama princess kesayangan
Hari ini hari rajin kerana sejak pagi lagi beliau dan keluarga keluar menyaksikan satu concert tertutup. Mahal juga nak beli tiket kalau nak tengok konsert ni mujur boleh bawa seberapa ramai orang yang muat diisikan dalam kereta maka dapatlah menengok konsert tersebut.
Ahmad Haikal & Joshua
Beliau iaitu tuan belog ini tak berapa nak ke konsert Dato' Siti mahupun ke konsert Rossa. Tapi konsert ini amatlah berlainan dari apa yang tuan/puan bayangkan. Malah penonton juga ramai tak kira muda dan tua. Sangat menghiburkan... sesekali kesebakan melanda beliau apabila mendapati anak beliau sudah besar sudah bujang.
kungfu and washing dance by Bethany - United GardenThai Dance by Bethany - United GardenPercussion show (Coconut & Picnic) by Bethany - Desa Petaling
Bagra Dance by Bethany - United GardenLion Dance by Bethany Taman Desa
bom bom dance by Bethany - Sri Sentosa
Anak beliau berjoget pahang sangat comel sekali dan sangat menghiburkan hati beliau. Beliau tidak kiralah step si anak yang kadang ke laut perginya. Goyangnya sahaja mampu menambat hati beliau dan juga suami beliau. Padan la kadang latihan joget tersebut terbawa-bawa ke rumah. Sehinggakan teacher carol memuji usaha yang dilakukan.
performance by Bethany - Sri Sentosasenyuman kerasmelenggang lenggokewahhhh...
Habis sahaja konsert berkenaan maka dengan berat hati terpaksa beliau melepaskan emak beliau menaiki bus untuk pulang ke Johor Bahru menjalani kehidupan seperti biasa. Tapi kali ini hanya emak dan adik bongsu beliau sahaja menetap di sana. Sebaliknya raracandyfloss berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pengalaman bekerja. Semoga emak dan adik beliau selamat sampai ke destinasi. Amin.
Terminal sementara Bukit Jalil

No comments: