Friday, October 1, 2010

ada hikmahnya

Bila berlaku sesuatu kematian itu tak kira saudara dekat saudara jauh semuanya ada ketika itu. Kalau di bulan Syawal pun jarang atau memang sangat susah nak berjumpa tapi alhamdulillah ketika berlaku kematian begini yang dah lama tak jumpa bertahun-tahun berjumpa kembali.
suasana selepas majlis tahlil selesai

Rasanya kami semua berjumpa sebegini ramai kali terakhirnya ketika pemergian arwah abah yang hampir 4 tahun lalu. Berhari juga kami melapangkan masa bersama-sama menyediakan juadah untuk kenduri tahlil arwah. Ada juga yang tak dapat bersama berlama-lamaan kerana tugas dan sebagainya. Tapi sempat juga datang memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Ntah bila lagi dapat bersama kalau tidak ada event seperti kenduri kahwin. Tambah pula arwah nenek dah takde. Masihkah lagi adik beradik arwah abah berkumpul bersama di hari raya...? Insyallah ada waktu di lain masa kita jumpa lagi.

suasana ketika bersarapan

Pak Long Taib in action

Having great time dengan semua sepupu. Kebetulan maksu pun baru sahaja melahirkan anak ke-4 sehari sebelum hari raya. Jadi namanya pun terpatri Aidil di hujung namanya. So cute geram plak.
Makin sunyilah villa sepi itu...
Petang hari di hari kedua

No comments: