Thursday, October 28, 2010

am i shopaholic?

Sejak terpengaruh dengan movie Confessions of Shopaholic yang dah cujie tonton beratus ribu kali tanpa jemu... am starting to read the book but begin with the 3rd book, Shopaholic ties the knot. Even reading melompat terus ke buku yang ke-3 macam rasa seronok juga walhal hati tetap berkata kena beli the first book dulu sebab friend of mine kata buku dan movie jauh beza.
Mana tahu! Dah terbeli dah...

Baca buku juga yang terbaik lebih detail plot cerita. Ok... hari ni dah dapat 2 books shopaholics. BUT yang lebih menggembirakan hati ini sebab jumpa bookstore yang murah giler, giler dan giler. Memula tu macam pelik kenapa semua buku yang harga berpuluh-puluh ringgit dijual pada harga yang jauh lebih rendah. Umpamanya kalau beli 1 buku boleh dapat 2 buku.

Kalau u guys nak merasa apa yang cujie rasa... boleh pegi ke Amcorp Mall, Level 3. Cari book Xcess... dan u guys boleh jadi giler macam cujie juga. Time nak bayar siap tanya cashier sampai bila murah macam ni... dan dia jawab 'Sampai bila-bila kak'. OMG.

A friend of mine and cujie dah tercangang... napa boleh murah dan sampai bila-bila. Rupanya at the Book Xcess ni diorang dapat buku lebihan dari publisher dan dijual pada harga yang tersangat mampu pada clients. Banyak sangat buku... dari toddler - teen - adult ada. Jadi tak semuanya dijanjikan ada di bookstore tersebut. Maybe kena tunggu... dan lambat sikit nak dapat dari di kedai bookstore macam MPH dan Popular.
Very excited ni untuk memulakan bacaan! Dah lengkap 3 series of Shopaholic... lambat dari orang lain la cujie ni!

Tuesday, October 26, 2010

Kiddos having fun ~ TTP

Dah lama rasanya tak singgah mana-mana playground. Sejak H1N1 mula menular negara kita rasanya. Sangat, sangat dan sangat lama hingga kesian pada kiddos yang selama ini bila tiba hari minggu memang tak ke mana melainkan ke badminton court. Tengok ayah dia main sambil tu diorang berlari sana sini tepi court.
Last Sunday bring them to Tasik Perdana. Jelas sekalilah keterujaan diorang dalam kereta bila sebut playground. Memula ingat nak bawa ke taman jaya je... tapi infrastruktur dan alat permainan sangat tidak canggih. Macam la kat tasik perdana tu ala-ala ada robot. Actually ummi diorang yang nak sangat pi Tasik Perdana. Sudah lama benar tak jejakkan kaki ke sana... kalau tak silap kali terakhir ke sana masa hari arwahyarham abah koma. Masa tu awal lagi untuk waktu melawat jadi kami duduk sambil alas perut pagi tu bersama parents in law cujie. Kami pun adik beradik dulu boleh dikatakan setiap minggu datang bermain di Tasik Perdana berselang seli dengan Taman Tasik Titiwangsa sambil main rollerblade. Jadi ada sedikit kenang-kenangan di taman-taman tersebut. I miss the good old days...
Erm walaupun permainan di Tasik Perdana dah agak uzur warnanya dapatlah juga menggembirakan hati kiddos. Panjat sana... menggelungsur sini... lompat sana... terjun sini... hehe. BEBAS. Kalau tak asyik terperuk di rumah lagi sikit nak jadi jeruk. Ummi pun dah tak terlayan hyperactive diorang kalau kat rumah. Jadi biar lepas je kat playground.
Walaupun langit gelap petang ahad hari tu redah juga. Mujur kami anak beranak masuk sahaja dalam kereta hujan pun mula turun. Tapi memang warga KL pun dah takde tempat lain nak bawa famili beriadah. Penuh satu taman tak kurang juga pengantin baru buat outdoor photoshoot tepi tasik.
Jadi hari ahad ni kita ke mana ye... taman tasik atau badminton court? Tunggu...

Saturday, October 23, 2010

Orphan 2009

Movie ni sangat berkesan dalam hati. Wow sangat menakutkan ok. Memang tengok mesti tutup mata konon²... horror!
Orphan itu tajuknya. Pada mulanya masa tengok iklan ingatkan budak ni ada kuasa luar biasa mungkin. Rupanya bukan. Kisahnya dimulakan bila Esther diambil sebagai anak angkat dalam satu keluarga yang baru sahaja kehilangan bayi mereka. Bayi mereka belum yang mati dalam rahim membuatkan Kate rasa sedih. Jadi untuk mengubat luka di hati dia dan husband nya mengambil keputusan ambil anak angkat.
Kate mula curiga anak angkat yang berumur 9 tahun tu terror bab sex ni. Dengan menjawab 'I know'. Then bila Kate tengok sendiri yang Esther giler cekap main piano note tachovsky. Padahal sebelum ni Esther mengaku yang dia langsung tak pandai. Kemudian timbul lagi satu syak wasangka bila Esther menyebabkan kawan sekolahnya cedera parah ketika bermain di playground.
Kate mula berbincang dengan John suaminya tentang Esther tapi John tak percaya dan katakan itu suatu kebetulan. Sampai la sister Abigail datang untuk beri amaran pada mereka. Itupun John masih tak percaya. Time Esther bunuh Sis Abigail ni giler horror just pukul pakai hammer je. Pastu Esther ni warning dengan adik beradik angkat dia supaya jangan bocorkan rahsia. Sampai la anak sulung Kate iaitu Daniel hampir nak mati dibuatnya. Itupun John tak sedar lagi.
Scene yang tak leh lupa tu dia sanggup cederakan diri sendiri sebab nak buat bapa dia marah kat mak dia. Dia kepit tangan dia sampai patah. Siap ada bunyi patah tu... ngeri seriau pun ado!

Masa ni Kate yang dapat hubungi tempat asal Esther tahu yang anak angkatnya tu dah berumur 33 tahun dan melarikan diri dari hospital sakit mental. Dia menghidap Hypopituitarism disebabkan itu dia nampak macam budak umur 9 tahun. Esther nama sebenar Leena Klammer tu dah banyak bunuh orang termasuk la keluarga angkatnya sebelum ni.
Memang seram la... tapi rasa nak tengok lagi tapi kali ni nak tengok secara fokus. Sebab masa tengok untuk kali pertama tu banyak gangguan dengan Alesha poo poo sampai termiss time Esther buka gigi palsu dia. Very recommended bagi yang suka tengok cite seram. Hehe... ke dah ada yang tengok. Bestkan!

as a man...

Really really really lurve this music video. So cute... tambah suka lagi sebab hero Boys over Flowers kan... Jihu...


Friday, October 22, 2010

That's all Women want....

That's all Women want......


...
Plain looking husband


...
normal simple ring


...
small wedding party


...
honeymoon at any place


...
small house for the kids to run around

...lovely children


...
husband is a family man


...but work hard


...small car for shopping


...
another car for kids

...some collections


...
shoes for each occasion


...
some nice outfits


...a bit of cosmetics


...a bit of makeup



...overseas trip once a year


...
more often on domestic trips


...dinners


... Presents occasionally
...a bit of Gift to myself


...finally, some securities.

Tuesday, October 19, 2010

I heart Celcom Blackberry Torch 9800

I bet you guys were looking the center of the my very own blackberry on the center of the picture-rights? Maaflah hodoh benar blackberry itu...

Izinkan cujie berkongsi gambar atau handphone blackberry idaman kalbu yang sebenarnya. Apa lagi kalau bukan handphone terbaru blackberry torch 9800. It makes you shout WOW! When you look and touch this very smart-handsome phone. Anda boleh pilih samada nak menaip ataupun gunakan skrin sesentuh yang besar.
Bukan itu sahaja cujie juga sangat sukakan ciri-ciri kamera 5MP siap ada flash selain itu ada face detection serta auto fokus buatkan gambar yang diambil jadi sangat cantik dan clean and very clear. Tak perlulah ke hulu hilir cujie nak bawa kamera digital cujie tu. Just bawa smart-handsome blackberry torch ini cujie boleh jadi blogger tegar... mudah bukan?

Selain itu dengan skrin yang besar itu puas hati tengok youtube... nampak jelas, terang dan nyata. Tu menambahkan lagi ciri-ciri yang jelas cujie suka.

Tapi sayang kalau Blackberry itu tanpa talian. Umpama cappuccino tanpa susu... mesti tak umpphhh. Dengan Celcom tak perlu risau lagi memang mana-mana pergi semuanya Celcom territory. Hanya RM50 sebulan anda dapat berhubung dengan emak-ayah, adik beradik, kawan-kawan serta saudara mara.

Banyak lagi kelebihan yang anda boleh dapati dengan Celcom Exec 50 :
- kadar panggilan 15 sen setiap nombor.
- Diskaun secara automatik diberikan.
- Cakap banyak, Jimat banyak. Boleh dapat sampai 30% kalau kita cakap banyak-banyak
- Hanya serendah RM50 sebulan.
- Percuma Celcom Broadband berkelajuan sehingga 384 Kbps

Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan blackberry torch ini bolehlah pre-register disini

Monday, October 11, 2010

car wash : job for man

Aktiviti weekend.
Cujie & Alesha tengok dari atas je. Alesha lewat bangun hari tu... kalau tak turun juga dok menyibuk. Kalau dok umah tinggi gini kereta tidak dapat sangat dimandikan selalu. Hubby jarang hantar car wash, dia lagi suka cuci sendiri...
Ahmad Haikal la yang paling suka sekali. Bila Alesha dah bangun memula mood okey. Siap melambai... setengah jam kemudian dia dah merengek nak turun bawah. Mungkin seronok tengok abang dia main air.
By the way Alesha ni dua tiga minggu ni dok panggil abang dia Haikal je. Puas dok tegur panggil abang... before this ok je. Maybe dia terikut kitorang panggil Ahmad Haikal je. Cuma dia lekat 'Haikal' je la.