Tuesday, September 21, 2010

Super duper busy

On the second hari raya... lagi busy. Tak sempat mandi even mandikan kiddos. Tengahari la mandi hari tu. Buka je mata after Subuh dah sibuk dengan bunga telur, door gift dan buat pelamin. Yup! Belah hubby dari kakak yang sulong sampai yang second last ni semua pelamin buat sendiri. Penat kepala nak mencurahkan idea nak buat pelamin. Harap tak jadi la pelamin tu roboh.

Hiasan bilik pengantin pun senyap-senyap pengantin buat sendiri. Hantaran pun dah 80% siap sedia atas katil pengantin. Cupcakes pun siap dah cujie deco... tapi tak amik sebijik haram gambar pun. Super duper busy... pengantin pun dah siap pakai inai. Yang tukang pakaikan ialah yang berbahagia tuan punya belog pada malam sebelumnya...

Hubby dah panggil suruh mandikan kiddos. Alesha dah serabai... kusut masai. Ahmad Haikal dah mandi peluh. Kejap kang dengar Alesha nangis... kejap kang dengar Ahmad Haikal pula turn nangis. Fening...

Lepas zuhur gitu 2 ekor lembu dah siap sedia untuk dilapah... makcik-makcik dekat rumah mak dah ramai datang untuk merewang. Dulu masa zaman sekolah ayat rewang ni digunakan untuk aksi ponteng sekolah dan berjalan-jalan di Pertama Complex but not for me. I am good student... huhu
Malam after isyak selamat sis in law, Nurul menjadi isteri kepada Ijat. Tak pergi tengok pun... diorang akad nikah kat surau. Even sis in law cujie yang nak menikah ni pun tak pegi mendengar dan melihat saat-saat dia sah menjadi isteri kepada suaminya. Pelik... memang la tak wajib pengantin perempuan pegi tapi moment macam tu sangat berharga dalam hidup kita, am I right?
Mak sibuk suh Nurul pakai rantai emas berurat-urat. Senyum je tengok gelagat diorang anak beranak masa sibuk keluarkan barang kemas memasing. For me la... kalau keluarga lelaki tengok anak menantu dok pakai emas intan berlian pasni tak yah la sibuk diorang nak bagi hadiah barang kemas ke kat kita. And one more thing keluarga lelaki tengok ke semua tu... I think NOPE...
Malam tu je tidur lebih kurang dekat pukul 2 pagi... lepas akad nikah ada marhaban dan buat makan-makan sikit. Tidur tak sedar diri dah masa tu.

No comments: