Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran

Salam Lebaran dari kami sekeluarga.

Tahun ni kurang dapat kad raya kan. Tak macam tahun sudah banyak la juga dapat kad raya.Kami sekeluarga pun tak ada melayangkan walau sekeping kad pun pada sesiapa. Maklum sahajalah setem dah naik dua kali ganda. Memang la tak bankrap nak kuarkan enam posen untuk setem bagi sekeping kad raya. Tapi uih terasa la juga. Duit minyak lagi perlu diperuntukkan untuk balik kampung ni. Mujur ada diskaun untuk tol itupun start tengah malam sampai pukul 7 pagi. Jemaah la kita nanti di atas highway.

Di sini cujie sekeluarga mohon ampun dan maaf sekiranya ada pernah terkasar bahasa dengan kalian. Berhati-hati memandu pada musim perayaan ni. Jangan terlalu laju dan jangan pula terlalu perlahan sampai orang belakang naik tension lalu menyondol sahaja punggung kereta anda. Bagi yang suka dok lane laju tapi tak laju harap la dapat dok lane tengah. Kadang pasal kita tak semena-mena accident. Jangan sampai orang beam lampu tinggi dua tiga kali baru nak ketepi. Pandanglah cermin pandang belakang tu selalu...

Tahun ni cujie balik Batu Kurau sampai raya ke-6 kot. Kami bertolak lepas terawih hari rabu... mungkin hubby nak lelap dulu sejam dua baru bertolak. Kalau sempat sahurlah kami di kampung kalau tidak tepi highway la... Mana yang sekampung ke dedekat batu kurau boleh la kita berjumpa. Raya ke-3 adik ipar cujie akan melangsungkan majlis perkahwinannya. Semoga semua selamat. Insyallah.

p/s : kat kampung tak beronline la... :p

1 comment:

Rara said...

suruh lah mak mertua pasang internet kat kampung :P