Sunday, September 5, 2010

Marble Cake

Rasanya dalam 6 tahun lepas cuba buat kek marble ni. Masa tu baru balik cuti sem yang kebetulan dalam minggu akhir sebelum cuti tu kitorang ada amali yang melibatkan kami dalam penggunaan jenis-jenis tepung. Ada satu amali tu memerlukan kami buat kek marble… jadi baliklah ke KL dengan membawa resepi untuk nak buat di rumah.

Kek marble ni kiranya kek paling simple nak buat. Bahan-bahannya tak leceh nak cari rata-rata kat rumah mesti ada. Buatlah cujie masa tu bila sampai part nak membakar tu ada masalah. Cuba pakai oven yang sekali dengan dapur gas tu tak berapa nak jadi. Dan itulah first time nak pakai oven tu setelah sekian lama membeli. Bahagian atas kek bukan main hangus padahal bahagian dalam dan bawah langsung tak masak. Akhirnya adunan tersebut dibuang begitu sahaja.

Jadi dua tiga hari kebelakangan ini cujie pun telah meminta bantuan pakcik google untuk mencari resepi kek marble. Alhamdulillah jumpa dengan orang yang tepat dengan resepi yang hebat. Langsung tak banyak karenah. Resepi yang diambil dari kak Hanieliza sangat boleh dipercayai, sedap!
Tengok jelah hasilnya... insyallah akan buat untuk mak dan mak kampung. Hehe... By the way dah dua entry dah ada kena mengena dengan baking ni kan. Ini impian dari dulu nak belajar untuk buat kek cuma takde peralatan je.

2 comments:

Just Call Me Bitt said...

owh ok gak..nampak sedap..bau dia mesti lagi sedap lepas bakar... buleh trykan nanti.. :)

Cujie said...

Bitt,

ala kalau bitt buat kek marble ni mesti tahap 'kacang' je... hehe