Wednesday, September 22, 2010

kaki berbau tapi malang tidak

betul kata orang yang berpengalaman malang tidak berbau.

sebaik sahaja selepas terawih pada malam terakhir kami semua masuk tidur dulu. Dapatlah tidur dalam satu setengah jam. Lepas tu menuju ke kereta secara berlenggang kangkung. Bag dan persiapan raya dah hubby masukkan dalam boot masa nak terawih.

Memang banyak kereta di atas lebuhraya malam itu. Ada yang siap gantung baju raya dalam kereta. Semangat di hari raya. Tiba je di kawasan cerah... bawah jambatan automatik kereta semuanya jalan macam semut. Lepas je kawasan cerah dan kembali dalam kepekatan malam masing-masing melaju potong memotong. Align Center
Dalam 16km untuk sampai R&R Tapah iaitu persinggahan favourite kami sekeluarga... kenderaan makin banyak dan mula berhenti. Nampak merah menyala je bontot kereta. Semua macam tertanya-tanya. Pastu kenderaan memasing meluncur secara terkedek-kedek... sikit-sikit. Dekat setengah jam juga la dok jalan-berhenti ni. Cuma ada satu lori kren yang giler laju ikut emergency lane. Siap marah-marah lagi lori kren yang kuwang hajo tu.

Nampak lampu kereta polis... cis tak kan roadblock plak. Just buka satu lane je... mau tidak jammed. Eh bukan... bukan! Hubby dalam masa yang sama dah tergeleng-geleng kepala. Sempat sorang police officer angkat tangan seraya berkata 'selamat hari raya encik'. Hubby pon jawab 'Selamat hari raya... minyak pon dah parak ni encik'. Sempat juga mengadu nasib kat bapak polisi tu. Masa tu memang risau... minyak tinggal satu takuk je... mana tau kot jammed panjang lagi.

Lor depan sikit lagi nampak kepala lori trailer tengah dok baring kat depan. Badannya plak dok block kedua-dua lane laluan bertentangan. Kenderaan yang arah bertentangan langsung tak boleh nak berjalan. Diorang ramai-ramai pakat off enjin dan ada yang keluar dari kereta sambil berborak di tengah highway. Lagi Haru! Kren yang laju tadi tu nak digunakan untuk angkat lori trailer rupanya.

Itu tragedi nak balik ke Batu Kurau.

Perjalanan balik ke KL pula semua nampak baik-baik sahaja. Tapi lagi 3km nak sampai kawasan rumah. Hubby terlanggar divider jalan... akibatnya tayar kereta pecah. Berhenti la sekejap tukar guna tayar gantian. Ada hikmah tu... alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku cuma tayar sahaja yang pecah.

malang memang tak berbau... tapi kita la yang harus lebih berhati-hati.

No comments: