Tuesday, September 21, 2010

Hari langsung

Berlangsung la hari besar-besaran kedua pengantin ditemukan dengan berbaju indah berwarna kuning berlace coklat. Pada hari kenduri barulah kurang sikit penatnya. Cuma belah pagi tu kami ipar duai... adik beradik hubby sibuk di dapur menyediakan hidangan santapan raja sehari. Ni pening pulak nak mendeko lobak, timun dan tembikai jadi bunga jadi deko pada hidangan nanti. Adoi!
Tengahari dah ramai dah tetamu jemputan sampai... ni cujie penat dok menyengih. Kenal ke tak kenal ke semua cujie dok sengih. Sambil tu mulut tu ramah tamah suh diorang tambah nasi... padahal ada tu cujie tak kenal langsung. Diorang je banyak kenal cujie... sambil tanya cujie ni menantu untuk anak mak yang mana satu. Diorang kenal hubby dengan panggilan 'abang' je.

Memang ramai tamu naik pening tengok orang. After majlis busy cuci pinggan mangkuk, periuk belanga, kawah... yang mana diorang tak cuci lagi. Kemas ala kadar luar rumah dan dalam rumah. Fuh.
Dan keesokkan harinya majlis bertandang. Belah Ijat buat majlis kat Dewan MPT Bunga Raya, Simpang. Ni cujie jadi bidan terjun jadi pengapit. Memasing menolak jadi pengapit... kebetulan theme color belah lelaki hijau, cujie pun pakai hijau. Tambah plak mak jadi suara veto suh jadi pengapit then hubby terus amik handbag cujie tanda setuju pilihan mak dia. Tebal gila muka masa tu... malu beb!
Makan pun sebelah pengantin... hehe. Disebabkan jadi pengapit langsung gambar masa tu takde. Cuma gambar kiddos with cuzzies je yang banyak. Dalam perjalanan balik mak ajak singgah kat rumah kenduri kawen juga. Kita makan lagi... gambar pun takde cuma gambar kasut yang Alesha snap je yang ada. Masa ni no mood amik gambar sebab panas.
Ini sebahagian dari gambar yang Alesha snap. Dia berjaya amik gambar Tok Wan dan Opahnya yang memang susah nak bergambar.
To Nurul & Ijat semoga berbahagia ke akhir hayat... Selamat Pengantin Baru.

No comments: