Monday, September 20, 2010

di hari lebaran di Batu Kurau

Sana sini semua bloggers bercerita tentang hari pertama raya, hari kedua raya dan seterusnya sampai nanti ada yang ke tiga puluh hari di hari syawal. Penuh gambar penuh warna warni di hari lebaran.

Tetapi bagi cujie...

Lebaran tahun ni amat simple... teramat! On the day before raya parents in law busy doing preparation untuk kenduri kendara yang akan berlangsung on the third day of Syawal. Hanya bakar lemang dalam 15 batang then buat daging masak hitam. Itu sahaja! Every year kalau raya di Batu Kurau dah merasa lontong dan nasi impit dengan kuah lodeh hanya mimpi. Insyallah tahun akan datang cujie cuba nak masak lauk pauk tu seme biar diorang merasa indahnya perut memakan nasi impit berkuah lodeh.

Kami pun sampai di pagi hari terakhir puasa, sampai pun memang masa nak bakar lemang. Mak suruh cujie tidur dulu memandangkan memang tak tidur sebab temankan hubby memandu. Sembang-sembang layan dia then kalau ngantuk main pula psp sambil mulut dok bunyi menyembang.

Ayam yang diperap selamat dibakar pada petang itu juga... harum baunya.
Tahun ni dapatlah sembahyang raya memandangkan dedua anak dah besar dan boleh diharap untuk tinggal dengan makcik diorang kat rumah. Balik makan lemang... duduk je di rumah sambil layan sedara mara yang datang. Sambil tu ada je keje yang nak dibuat. Sempat juga la ke rumah mak long Dah tengok Opah Kiah.
After solat Jumaat baru la berjalan raya... itu pun berjalan rumah tok dan rumah mak ngah. Pastu balik sambung pula buat keje kat rumah. Masa tu dah sibuk nak buat wajik... orang belah batu kurau dan seangkatan panggil nasik manis. Sambil tu diorang cuci telur ayam then rebus. Cujie sesambil tu dok kupas petai satu bakul besar sambil Pan Rahmah tolong.

Tahun ni tak dapat lagi makan ketupat! Nasi impit tak setanding ketupat...

No comments: