Saturday, September 25, 2010

angin oh angin

Guruh berbunyi berdentam dentum

Awan berarak laju sarat membawa awan pekat

Kilat sabung meyabung

Itu tandanya hari nak hujan

Tapi semenjak pertengahan bulan puasa tempohari ribut satu kemestian dikawasan ini. Kejadian itu menyebabkan bumbung jatuh mengakibatkan beberapa buah rumah rosak teruk dan juga kenderaan. Banyak kenderaan yang dihempap dek bumbung. Ramai nampak keadaan yang serba ’memutih’ ketika ribut tersebut. Umpama puting beliung.

Baru-baru ini pula betul-betul di kawasan kediaman kami. Sekali lagi angin berpusar hadir menyebabkan beberapa gerai rosak. Bayangkan aje tempat letak makanan yang berat tu boleh diangkat dan dihumban di tepi jalan setelah berpusing 2-3 kali. Kerusi dan meja apatah lagi. Lauk pauk pun habis tumpah sana sini. Masa tu lauk memang masih berbaki lagi sebab waktu tu baru pukul 2.30 petang. Hubby balik dari kerja ingatkan ada pergaduhan sebab keadaan memang nampak macam orang lepas mengamuk.

Mujur juga ribut tu hanya lalu sahaja tepi blok ni. Mungkin kawasan ni laluan ribut kot. Selagi belum ada projek kat depan tanah lapang ni selagi tu ribut senang terjadi kot. Itu teori saya saja ya.

Erm waktu ni hujan pun dah mulai turun. Nampaknya angin tak berapa kuat seperti selalu. Mesti best ni kalau dapat tidur. ZZZZZzzz

No comments: