Thursday, August 5, 2010

+wondermilk

Hari ni hari kedua berpuasa berturut-turut. Alhamdulillah. Bila dah puasa tu tekak macam nak makan yang sesedap aje. Mula teringin itu teringin ini. Sampaikan jagung dalam cup tu pun rasa teramat teringin nak makan buat masa ni. Tapi disebabkan hubby in evening shift dok je dendiam. Tak tergamak nak nyusahkan dia pi cari jagung dalam cup.
Tapi hari ni kak Jane yang kebetulan nak ke OCBC uptown damansara ajak pi beli cupcakes @ wondermilk. Uih kalau ajakan sebegitu mana boleh tolak. Mesti mau pegi. Sempat la kak Jane booked 2 boxes cupcakes untuk birthday Aisyah tak lama lagi.
Beli empat ketul cupcakes yang semuanya sesedap belaka. Ada satu tu red velvet cupcakes jadi terus grab yang itu sebabnya mood sekarang tengah teringin red velvet cake @ Whisk, Empire Tower tu. Sana sini bila terjah blog orang dok orang memperkatakan kesedapan red velvet cake tu. Tengok la suatu hari nanti pasti nak bawa balik sepotong dua.
Nah tengok betapa tempting cupcakes wondermilk. Kiddos yang memang suka cuppies dok menjerit tengok cujie mengusung beg plastik wondermilk tu. Hehe mengekor sampai kitchen.

4 comments:

Liyanaa. said...

kat mane wondermilk ni kak cujie? alahai apasa lah nampak macam sedappp sgt ni :(

Cujie said...

Ynn,

wondermilk ni kat uptown damansara.. kedai dia sgt cantik. next entry akak tunjuk kedai dia yang sgt cantik

iswatie "colours of life" said...

tu lah ramai sebut red velvet cake n macaroon kat Whisk tuh.....mmg lama teringin but tak pi2 pun lagik...

Cujie said...

weekend ni boleh la pi cari
tapi kena cepat nanti melepas
heheh...