Tuesday, August 3, 2010

tragedi celup remote astro

Ini adalah cerita harian dalam hidup cujie sahaja.

Dulu masa Ahmad Haikal dalam sebaya Alesha lebih kurang 2 tahun ++ memang agak naughty and need full attention sangat² kat diorang. Sebab waktu ni otak diorang ligat macam gasing. Semua la nak explore dan cari dan korek apa sahaja dalam ruang sudut rumah.

Malam tadi tengah tunggu waktu Isyak masuk... tetiba Ahmad Haikal kata mata dia penat dan pedih. So pergi la check suhu badan dia. Erm memang panas. Cecepat la ambil ubat paracetamol and cool fever for soothing the temperature. Masa tu dah masuk Isyak... selesai bagi ubat, cujie terus solat.

Dalam pada masa yang sama Alesha kat hall sibuk dengan kerja dia. Rupanya dia dah campakkan toys dalam aquarium ayah dia yang tak tutup tu. Dulu tutup sekarang ayah dia buka balik kononnya anak dia dah tak buat peel gitu. Hubby lupa yang dia anak lagi sorang yang tengah sibuk explore semua benda dalam dunia.

Habis je solat cujie tengok terapung segala macam. Cujie pun amik toys tu letak dalam sinki. Sempat juga kasi cubitan manja kat tangan dia. Heheh garangkan. Ok dah duduk... nak tukar channel cari la remote astro. Tapi takde. Sekali tengok dok berdiri tegak je remote tu dalam aquarium. Huh habis... nak menjawab apa la kat big boss bila balik nanti.

Gitu la gayanya menjaga budak umur 2 tahun. Bukan lagi besar lagi mudah. Banyak pancaroba. Tapi mujur remote astro berjaya diselamatkan. Malam tadi ingat dah out. Petang ni balik keje tengok dah ok. Alhamdulillah.
gambar budak yang buang remote astro dalam akuarium. Masa ni merajuk dengan nenek sebab balik Johor tak bawa dia.

No comments: