Friday, August 27, 2010

Reading : Peter and Jane

Masih ingat tentang buku Peter and Jane by Ladybird. Alhamdulillah dalam sebulan Ahmad Haikal dah boleh membaca walaupun merangkak juga. Cujie ingat dia menghafal sahaja setiap mukasurat yang ada. Tapi bila cujie cuba suruh dia baca buku peter and jane 1b… every words yang ada dalam buku 1a sebelum ni semuanya Ahmad Haikal kenal dan boleh membaca.

Memang sangat tak susah kalau guna buku Peter and Jane ni. Memang banyak words yang diulang-ulang. Ahmad Haikal boleh applicable those words yang ada dalam percakapannya hari ini. Contohnya I like Peter dia tukarkan jadi I like ice-cream.

Bukan cujie tekankan untuk membaca in English sahaja. Bukan tak ajar mengaji... ajar. Cujie di sini ingin berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana untuk membantu anak kita membaca dengan lebih cepat. Ajar mengaji is quite challenge for me… tapi guna buku Iqra tu bagus juga. Ahmad Haikal sudah kenal huruf dan setiap baris pun boleh kenal cumanya kadang dia main sebut je bunyinya. Bagus juga daripada dia senyap takut nak keluarkan bunyi.

Buku Peter and Jane ni boleh didapati di kedai buku Popular, MPH... kadang kedai buku kecil-kecilan pun ada juga. Cuma nak mencari satu set tu agak payah la berbanding kedai buku yang besar-besar ni. Satu buku berharga RM9.90.

Alesha pun macam yang cujie katakan sebelum ni dia pun ikut juga membaca. So dia kenal dog… shop… she also use those words when she talk. Kalau dia nampak dog… dia akan cakap dog. Hehe… kenalkan sikit-sikit English words dalam hidup dia. Besok senang nak hantar study ke Australia ke New Zealand… dulu umminya menolak tuah. Jadi harap anak-anak jelah.

Dengar cujie mengajar memang garangkan… hehe… suara ahmad haikal memula tu macam nak nangis sebab kena paksa membaca.

3 comments:

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Qis kat kat tadika dia pun, teacher dia ajar dorang baca guna buku ni....
sonok dgr kadang tu sampai ke balik rumah pun mulut dia asik pot pet pot pet ulang ayat yg dia selalu baca kat buku Peter & Jane tu.

iswatie "colours of life" said...

Kat Smart Reader x guna buku nih..but wati ambik my own initiative belikan kids buku peter & jane nih...alhamdulillah Hani dah boleh baca dgn lancar....Ichlas ja ikut mood dia..

Cujie said...

erin,

seronokkan boleh diharap la buku ni... tak mahal berbaloi sangat. Ilustrasi gambar dalam buku pun cantikkan...

watie,

kat sekolah ahmad haikal pun tak guna buku ni. Diorang guna buku phonics schofield and sims tapi panjang bebenor ayat buku tu. Alhamdulillah seronok diorang dah boleh baca.