Sunday, August 1, 2010

masih tak faham

Dalam sebulan yang lalu hubby ada cerita tentang sorang kawan dia. Masa tu dia baru je balik dari main badminton yang pada hari itu cujie malas nak ikut sebab ada fav movie. Ceritanya tu lebih kurang gini.

hubby : Tadi Din bawa makwe... ingatkan bini dia

cujie : Owh Din tu dah kawen... erm bawak makwe amboi! (dalam hati tak berkenan langsung)

hubby : terkejut ingat bini dia pasang badan tapi macam budak sekolah je

cujie : haih dah takde keje la tu... tayang pulak

hubby : diorang ni jadi macam ni bila pandai chatting, kenal melalui chatting la

cujie : owh ye ke...

Ok memang tertanya-tanya macamana dia dengan bininya. Hodoh ke... gemuk ke... tak bergaya ke. Macam-macam jadi pertanyaan dalam kepala ni. Tak kesian ke kat anak-anak... mesti anak kecik-kecik lagi. Dah buat peel. Ni la yang jadi geram...

Semalam ikut hubby main badminton kat Kelana Jaya. Hubby ada tournament dengan group chinese gitu. Memang kuat lawan diorang kali ni. First and second match hubby's group memang. Seterusnya kalah je langsung membawa balik kekalahan. Din pun bawa family dia sekali.

Meleset ok apa yang cujie fikirkan. Isteri dia masih cantik, ramah dan body still maintain. Umur lingkungan 31 tahun. Muda belia lagi ye. Apa yang slack langsung takde. Biasa la perempuan yang sudah beranak dua body memang lari sikit. Tapi rasanya itu tak boleh la nak jadikan alasan. Kalau nak dibandingkan dengan anak dara. Dalam hati rasa kesian je dengan wife dia. Anak masih kecil, yang sulong baru 2 tahun 1 bulan dan nombor dua tu baru 5 bulan. Hubbynya sudah buat perangai. Banyak perkara nak ditumpukan pada keluarga daripada berfoya-foya dengan awek di luar rumah plus dapat dosa.
Cubalah bayangkan betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. Mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat suami sendiri. Jaga rumah jaga maruah suami. Bukan itu sahaja jaga hati keluarga suami bukan setakat ibu dan bapa mentua malah adik beradik dia sendiri. Bagi yang bekerja... cari nafkah sesama. Kongsi apa yang ada... aih itu masih tak cukup lagi ke bagi suami. Kalau suami rasa isteri dia kurang bagi masa. Hey you please cari masa... kalau nak macam dulu pergi tengok wayang... dinner diluar berduaan masih boleh lagi. Anak-anak bagi je orang jaga.

Sayangi la keluarga anda... terutamanya isteri anda. Please...please i'm begging you.

3 comments:

YusVogue said...

Kekadang bila yang depan mata dah takde baru la nak cari, nak pulak! Bila senang sket macam tu la. Dah susah baru nak sedar diri!

Cujie said...

yus,

totally agree with you.
bila mata dikaburi cinta konon..
yang ada ni semua serba tak kena

YusVogue said...

Bila dah jadi salahkan takdir, kata dah jodoh. Memang singkat akal betul coz jodoh ni kena cari baru dia datang... Jadi kalau tak gatal mencari tak jadi jodohnya... Haha sorry la emo sket. Yela kita ni semua isteri yang setia dan prihatin...