Saturday, August 14, 2010

dapur di bazar

Dah mula dah bebudak dok main mercun sana sini. Terasa la macam bulan puasa masa kekecik dulu. Masa tu main bunga api kira macam kemestian la. Sian bebudak sekarang tak rasa apa yang kita rasa dulu. Tak lama lagi atau pun dah ada kat berita tang bebudak hampir terputus jari, dah pun putus jari malah ada yang buta akibat main mercun buatan sendiri.

Serius memang tak pernah tengok mercun buatan sendiri macamana atau lebih dikenali dengan meriam buluh. Hubby pernah cerita yang mercun buat pakai paip besi lagi hebat bunyinya berbanding meriam buluh. First time cujie dengar pun bila dah kawen dengan hubby. Kat kampung dia macam main lawan siapa hebat dan siapa paling kuat. Macam perang! Pukul 2-3 pagi pun masih ada yang main lagi.

Iftar tahun ni seperti tahun sebelum² ni... pakat beli kat PARAM. Baru je tahu PARAM tu apa. Pembelian hari kedua tu paling terasa sebabnya 3 jenis lauk dekat RM20 habis. Tapi serius sedap. Tak kesah la tu... makan pejam mata sebab sedap. Kalau suh cujie masak nescaya tak sesedap itu. Ingat boleh la nak memasak weekend. Erm takde apa yang berubah... hubby takmo makan nasi pulak. Ended up bila kat bazar lauk pauk juga yang dicari.

Sejak berkeluarga ni jarang nak makan luar. Cujie pun rimas sebab leceh nak solat kat luar. Kalau kat rumah tu mudah... makan sikit boleh dah pergi solat tak risau kiddos sangat. Tengok la nanti diorang dah puasa sesama boleh la cuba pi iftar diluar. Pengorbanan namanya tu.

Cujie makan sejenis je... tak berulang. Dah berbuka tu tu jelah cujie makan. Kuih muih tu pun tak berapa sangat. Tapi kalau tepung pelita memang tak tolak... kuih kole kacang juga. Beli sikit je untuk sendiri makan. Hubby kadang suka beli roti john nanti dia tak habis dok paksa kita makan. tsk

By the way Ahmad Haikal belum lagi dilatih puasa. Tapi bila orang tanya puasa ke tidak... dia jawab puasa padahal kat pocket beg sekolah dok tersisip botol air berisi ribena. Insyallah tahun depan boleh la cuba. Bila terangkan puasa tu apa... dia pula muncung tak nak kawan dengan ummi dia. Sah tak faham lagi.

No comments: