Sunday, August 8, 2010

Bite Me!

Hari Jumaat berdebar² bila parents in law mau datang. Memang nak kena study bebetul law bila setiap kali nak jumpa mereka. Apa kena mengena la law tersebut dengan mak pak mentua. Diorang datang sebab nak menjemput kenduri. Insyallah raya ketiga ni sis in law punya majlis kenduri kahwin. Ini kiranya anak perempuan kedua akan mengadakan majlis. Selama kahwin ni dah dua majlis kahwin dah cujie menolong sama tapi bro in law punya majlis.

Tak sama... majlis perempuan ni agak macam buat yang terbaik la. Majlis lelaki kira macam back up gitu... hehe. Ok PIL lambat sikit sampainya. Dah dekat pukul 10 mlm gitu baru sampai rumah. Mau tidaknya banyak betul tempat persinggahan. Dari taiping singgah kat trolak. Pastu terus ke Ara Damansara. Itu pun dah maghrib sampai sana. Sampai je terus hidang makan.
luv this photo... macam gambar dedolu

Tapi just semalaman je kat sini. Sempat juga la bawa mak ke pasar tani kat taman medan tu. Borong habis... tudung je 3 helai kemudian blanket. Itupun mak dah rambang mata tengok tudung. Dia mulanya nak beli sehelai tanda atau kenangan dia datang KL. Mak pak mentua cujie memang susah nak berjalan. Sayang tinggal kambing, ayam... risau rumah kena tinggal lelama. Lepas makan tengahari hari Sabtu diorang bertolak balik ke Ipoh. Tidur rumah Johari adik hubby yang tukang memandu dari Taiping ke KL. Ingatkan malam minggu nak bawa gi jenjalan tapi Johari tak sabar nak balik.

Alesha dan Ahmad Haikal seronok bila sepupu diorang datang. Ahmad Haikal sampai nangis la nak ikut opah dia balik. Siap dah ambil baju nak isi dalam beg. Alesha siap dapat tanda kenangan from her cuzzie, Dina. Dina memang suka mengigit orang. Ada la dalam 3-4 tanda. Sian anak dara ummi jadi mangsa gigitan.

No comments: