Tuesday, August 10, 2010

benjolan di kepala ku...

Tak menduga ianya terjadi. Lasak betul anak dara cujie ni. Kejadian berlaku pada hari Ahad waktu maghrib. Masa tu cujie baru sahaja nak mendirikan solat dan sememangnya baru sangat sebab permulaan nak memasang niat. Dah kedengaran kaboom.
Terus berhenti dan capai Alesha yang memang dah nangis tak keluar suara. Nangis selok... heh gitu eh. Masa tu tengok dahi dia kemek... tapi bila dia nangis tu dalam sekelip mata sahaja yang kemek tu bertukar menjadi benjolan macam telur ayam.

Masa tu Alesha nangis, cujie pun nangis sama. Tak tahu nak buat apa... terus buka telekong dan tuam dengan rambut sambil selawat. Pastu teringat bagi minum air... pesan emak. Untuk elakkan hilang semangat. Memula dah amik air masak then teringat atas lemari ada air 30 juzuk yang hubby amik untuk Ahmad Haikal masa exam hari tu.

Lepas tu amik plak balm untuk kids then sapu kawasan sekeliling yang benjol tu. Masa tu memang dah biru benjolan tu. Tak lama lepas hilang penat menangis, Alesha terus tidur sampai pagi.
Dia sebenarnya tengah nak panjat katil. Memang katil cujie tu tinggi but before this ok je dia dok turun naik katil. Masa tu pun takde selimut ke atau apa² yang boleh buat dia tergelincir jatuh. Sekarang masih lagi berbenjol. Dok tuam je la. Hubby tengok pun dok sedih je kepala anak dara berbenjol.

No comments: