Monday, August 23, 2010

Am I Weird?

Tahukah kamu yang cujie ada penyakit pelik. Mungkin ini dapat dikongsi bersama jika you guys sama penyakit dengan cujie.

Bunyi macam sakit tenat. Tapi kalau dibiarkan boleh jadi barah. Erm takut ke! Penyakit ini tidak berjangkit tapi boleh susahkan orang sekeliling. Cujie paling risau kalau company buat event waktu bulan ramadhan even bulan lain-lain. Meeting after office hours atau macam bulan ramadhan yang mulia ni ada majlis berbuka puasa. Penyakit apa ye...

Cujie tak boleh balik lewat walau sesaat.

Hati jadi berdebar-debar sangat. To worried lambat sampai rumah... kalau tengah tunggu bas ke masa zaman belajar dulu kalau waktu dekat maghrib gitu kalau kaki belum jejak rumah hati jadi gelisah. Nak menangis pun pernah... dulu masa belum kahwin balik lambat macam nak terpengsan-pengsan. Bila dah kahwin dan ada anak... asal ada event belah petang hanya Allah je tahu hati cujie macamana. Teringat kat hubby... anak-anak. Nanti balik rasa bersalah teramat-amat nak lagi bila diorang dah tidur.

Perasaan ni bukan dibuat-buat. Bila hati jadi serba tak kena... mood pun hilang melayang. Muka pun jadi sememeh je. Penyakit apakah ini... tahukah anda. Hanya boleh selawat banyak-banyak dalam hati. Tenang sikit. Tapi kalau dalam perjalanan balik rumah ada sayap dah lama terbang.

Emak cujie je tahu penyakit cujie ni... suitable ke dikatakan penyakit mungkin ada XXXXXphobia yang cujie tak tahu.

No comments: