Monday, August 16, 2010

all my caps ~ Ahmad Haikal

Kali ni dedahkan atau korek berapa banyak caps yang Ahmad Haikal dah ada sepanjang usianya 4 tahun 8 bulan ni... kalau kita bundarkan umurnya tu dah kira 5 tahun la kan. Sian orang yang lahir bulan duabelas ni. Umur baru setahun jagung dah dikatakan sudah bujang.

Pertama sekali topi yang dipakai ni datang dalam satu set from shirt sampai seluar plus caps nya sekali... nampakkan di situ topi baby-ish sangat... bila tengok gambar ni geram benar ngan dia. Macam dia kena kidnapped ngan makhluk asing. Mana dia pergi sekarang ni...
Topi yang kedua ni juga pemberian seseorang. Beliau merupakan seorang teman virtual hasil dari perkenalan di pcm. Masa tu memasing sibuk nak kawen lepas kawen sibuk cerita mengandung pastu sibuk cerita tentang anak. Kongsi rasa kongsi masalah. Haih lama dah kenal iswatie. Watie bagi masa birthday Ahmad Haikal...
Cap yang ketiga ni memang sangat² disayangi oleh Ahmad Haikal umminya dan juga ayahnya. Sebab inilah topi poney yang pertama kami belikan untuk sibujang pujaan kami masa tu. Sampai hari ni pun still pujaan hati lagi... tu je sorang anak lelaki yang ada buat masa ini. Gambar ni hasil dari Zubye masa tu buat outdoor photoshoot.
Topi yang keempat dibeli masa di langkawi. Tanda kenang-kenangan masa pergi ke sana tahun 2007. Masa tu geram juga nak beli topi airasia yang merah sangat menawan kalbu.
Topi kelima ni kami beli di pasar malam rasanya. Dah lupa dah... tapi masih ada sampai sekarang ni dok tergantung kat dinding. Cantik...
Topi poney ni menduduki tempat ke-6 dikepala Ahmad Haikal. Cantik sebab warnanya yang kuning tu memberikan kelainan berbanding topi yang sebelum ni banyak warna merah dan biru. Cumanya susah nak menjaga maklumlah bila kotor memang nampak ketara.
Ahmad Haikal pun tak lupa songkok juga... ni songkok first buat Ahmad Haikal. Dua tiga tahun juga songkok yang sama dipakai ketika raya. Lepas tu Ahmad Haikal pakai kopiah putih je.
Topi yang ke-7 ni memang susah sangat nak dapat. Cari sampai One Utama satu bangunan sebab ayah dia yang cerewet memilih cap untuk bujang senang tu. Akhirnya jumpa kat Kred dan berkenan dengan yang ini. Warna coklat plak kali ni... sebab tak larat nak membasuh cap yang cepat nampak kotor.
Yang kelapan plak just beli from flea market. Lebih kurang dengan topi kred tu tapi banyak macam logo antaranya tu ferrari, shell... memacam lah... memula tak suka lama kelamaan suka juga. Sayang juga.
Setelah dah pandai pilih sendiri... inilah hasilnya bila sudah berjaya memujuk hati ayahnya. Dapat juga apa yang dihajat... masa tu pergi KL sentral untuk cari ticket bus untuk Pak Su Sudin yang nak balik Johor. Memang cantik cap ni... lain dari yang lain... ada cartoon kesukaan atau lebih teruk lagi bila kita katakan kegilaan Ahmad Haikal...
Seterusnya jenama nike plak diperkenalkan. Lagi putih suci murni... paling mahalssss setakat ini. Unfortunately masa balik Batu Kurau hari tu ntah mana peginya. Mak dan ayah cari dalam rumah tak jumpa. Hubby masih beranggapan terselit bawah katil atau celah lemari. Sayang juga koleksi yang ni...
Yang last dalam koleksi adalah hadiah dari kesayangan aciknya. Buat surprise hantar melalui pos express terus ke office umminya. Ahmad Haikal sayang topi ben10 nya yang kedua ini. Sayangnya tak dapat pakai lama nampaknya. Memuat je sekarang ni. Topi ni sangat lain dari dari yang ada... err I mean dari segi designnya.
Mungkin raya ni akan keluar topi baru lagi... sape tahu kat mana yang ada topi yang cantik untuk Ahmad Haikal. Nak kasi as a gift pun apa salahnya... hehe. Siapa kata boys takde aksesori...

3 comments:

iswatie "colours of life" said...

uhuk..ada org sebut nama saya kah?

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

comel haikal...seronok tgk gambar dia dari kecik sampai besar bertopi.... tetiba teringat dulu masa haikal gi mandi kat wet world (gathering pcm) merasa dukung dia.... now dah besar panjang dah..mcm qistina....

Cujie said...

watie,

heheh... awat tersedak ka... hehe

erin,
kalau jumpa lagi skg ni tak dapat dukung dah mau patah pinggang.. hehe... qistina apa kurangnya dulu kecik genit sekarang ni nampak dia tinggi ikut ibu dia juga...