Saturday, August 21, 2010

11 Ramadhan 1431H

Bila sahur sorang2 terasa sunyinya.

Mula rasa sedih… sob sob. Tahun ni rasa paling ketara. Kalau layan lelebih lagi boleh berderai juga airmata. Mengenangkan berpuasa 4 – 5 tahun dulu seronok sangat, waktu tu pun masa arwah abah ada dan emak dan adik-adik pun masih ada di KL. Kiranya berada satu bumbung tak berjauhan.

Waktu sahur macam ni biasanya sangat menenangkan. Hirup udara segar kat luar beranda lepas sahur tengok rumah mana yang masih gelap... kadang masa tu duduk la sesorang kat beranda angah dan rara dah masuk bilik nak tidur balik. Emak pula kalau terkena shift pagi dah sibuk bersiap pergi kerja.

Waktu berbuka pula sangat fun. Mak memang masak everyday dan kalau rajin mak akan buat kuih. Selalu permintaan kuih onde-onde buah melaka tu sangat mendapat perhatian. Every year kot mak buat. Selalu mak dan arwah abah je pergi bazar ramadhan... hujung minggu je arwah abah bawa jenjalan. Hari biasa kalau lepas diorang pergi bazar kitorang memang menunggu diorang balik je. Nanti arwah abah ajak ronda dengan motor pusing keliling kawasan Keramat Wangsa tu. Ish sampai besar juga la naik motor dok bonceng arwah dulu. Pernah juga satu tahun tu belajar motor dengan dia. Tapi dah dasar kecut perut takde la bawak motor sampai hari ni. Padahal masa tu boleh dah bawak motor tapi asal ada kereta kat belakang dok berhenti tepi kasi laluan pada kereta. Erk!

Tapi pada tahun ni giliran balik Batu Kurau bukannya tak happy. Cumanya tak dapat nak beraya dengan mak. Nak menggembirakan emak di pagi raya itu yang buat hati lebih sebak. Waktu sahur macam ni mulalah teringat kat adik-adik cujie… apalah yang Angah sahurkan… bangun sahur tak dia. Manakala emak, rara dan dina mesti sahur kat meja bulat kat dapur sambil layan nenek. Itu yang tergambar difikiran cujie buat masa ini. Jauh melayang ke nun je JB.

Tahun depan kalau dipanjangkan umur dapat la beraya dengan mak dan adik-adik dan masa tu kami pun dah tambah ahli keluarga baru. Insyallah. Isk tak sabar plak nak tunggu raya tahun depan... kekek.

p/s : Emak, I love you!

2 comments:

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Sayu baca coretan cujie...dapat bygkan mcmana kalau erin pun berada di tempat cujie... tabahkan hati ok....

Tahun ni balik batu kurau ek? erin raya pertama sebelah petang rasanya. Sebab kena beraya rumah mertua dulu... mcm biasalah tetiap tahun pun gitu :)

Cujie said...

erin,
ni la akibat waktu sahur dok sesorang.. mudah sangat terusik.

a'a tahun ni balik batu kurau... kalau ada raya ketiga kat sana singgah umah makan kenduri dulu.