Tuesday, August 31, 2010

Hari yang Merdeka


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN dari peperangan YANG KE 53.

Siapa kata kita merdeka sepenuhnya. Kita masih dijajah dari segi minda. Kalau tidak percaya lihat diri kita sendiri. Lihat pada pakaian kita, apa yang kita makan dan pakai. Even kita sendiri tak dapat tinggalkan tv walau sesaat.

Tapi tak disangkal negara kita makin maju. Bangga sekejap. Cumanya rakyat je tak maju makin menghampiri zaman jahilliyah. Malah lebih teruk lagi... zaman Jahilliyah diorang tanam anak perempuan hidup-hidup. Tapi zaman kita dibuang dalam tong sampah, sungai, longkang paling teruk sampai ada yang dimakan dek anjing. Tak ke lebih hina perbuatan tu. Tak kira anak lelaki atau anak perempuan.

Zaman kita bapa rogol anak, bunuh anak biasa dah dengar. Lebih hebat lagi kalau anak bunuh mak bapak... rogol ibu sendiri... rogol adik sendiri. Nenek dirogolnya pun ada. Pelik sikap mereka yang mengaku diri HUMAN padahal binatang lebih mulia dari dirinya sendiri.

Bukannya transformasi menjadi lebih baik tapi bertukar jadi mimpi ngeri.

Mana nilai sebuah insan... hitamnya hati kita hari ini. Kita lupa jadi manusia.

Friday, August 27, 2010

Reading : Peter and Jane

Masih ingat tentang buku Peter and Jane by Ladybird. Alhamdulillah dalam sebulan Ahmad Haikal dah boleh membaca walaupun merangkak juga. Cujie ingat dia menghafal sahaja setiap mukasurat yang ada. Tapi bila cujie cuba suruh dia baca buku peter and jane 1b… every words yang ada dalam buku 1a sebelum ni semuanya Ahmad Haikal kenal dan boleh membaca.

Memang sangat tak susah kalau guna buku Peter and Jane ni. Memang banyak words yang diulang-ulang. Ahmad Haikal boleh applicable those words yang ada dalam percakapannya hari ini. Contohnya I like Peter dia tukarkan jadi I like ice-cream.

Bukan cujie tekankan untuk membaca in English sahaja. Bukan tak ajar mengaji... ajar. Cujie di sini ingin berkongsi dengan ibu-ibu diluar sana untuk membantu anak kita membaca dengan lebih cepat. Ajar mengaji is quite challenge for me… tapi guna buku Iqra tu bagus juga. Ahmad Haikal sudah kenal huruf dan setiap baris pun boleh kenal cumanya kadang dia main sebut je bunyinya. Bagus juga daripada dia senyap takut nak keluarkan bunyi.

Buku Peter and Jane ni boleh didapati di kedai buku Popular, MPH... kadang kedai buku kecil-kecilan pun ada juga. Cuma nak mencari satu set tu agak payah la berbanding kedai buku yang besar-besar ni. Satu buku berharga RM9.90.

Alesha pun macam yang cujie katakan sebelum ni dia pun ikut juga membaca. So dia kenal dog… shop… she also use those words when she talk. Kalau dia nampak dog… dia akan cakap dog. Hehe… kenalkan sikit-sikit English words dalam hidup dia. Besok senang nak hantar study ke Australia ke New Zealand… dulu umminya menolak tuah. Jadi harap anak-anak jelah.

Dengar cujie mengajar memang garangkan… hehe… suara ahmad haikal memula tu macam nak nangis sebab kena paksa membaca.

Sepi

Kembali sepi.

Ahmad Haikal ke sekolah.

Alesha pula ikut bibiknya balik.

Bibik buat kerja cepat. Sapu rumah, mop dan kemas sikit dapur. Siap. Laundry esok jelah since baju kotor pun tak banyak. Hari plak mendung. Lovely day… tak panas.

Malam ni kiddos ikut Cik Lin balik JB. Cujie mulanya nak ikut juga bila timbul rasa kesian pada hubby langsung tawar hati. Insyallah ada rezeki balik JB. SATU keluarga.

While kiddos takde selama 4 hari nanti… bolehlah cuba buat biskut raya and cupcakes. Dah dapat dah toys baru… insyallah akan digunakan sebaik mungkin dan harap tak jadi gajah putih. Bila tengok dalam kotak rasa geram dan tak sabar nak guna.

Cujie and the 2 others siblings, Lin & Rara… berkonspirasi untuk surprise mak untuk bawa balik 2-cute-little-guest. Harap mak sukakan kejutan yang bisa membuat jantung mak berdegup in happy beat.

Monday, August 23, 2010

Am I Weird?

Tahukah kamu yang cujie ada penyakit pelik. Mungkin ini dapat dikongsi bersama jika you guys sama penyakit dengan cujie.

Bunyi macam sakit tenat. Tapi kalau dibiarkan boleh jadi barah. Erm takut ke! Penyakit ini tidak berjangkit tapi boleh susahkan orang sekeliling. Cujie paling risau kalau company buat event waktu bulan ramadhan even bulan lain-lain. Meeting after office hours atau macam bulan ramadhan yang mulia ni ada majlis berbuka puasa. Penyakit apa ye...

Cujie tak boleh balik lewat walau sesaat.

Hati jadi berdebar-debar sangat. To worried lambat sampai rumah... kalau tengah tunggu bas ke masa zaman belajar dulu kalau waktu dekat maghrib gitu kalau kaki belum jejak rumah hati jadi gelisah. Nak menangis pun pernah... dulu masa belum kahwin balik lambat macam nak terpengsan-pengsan. Bila dah kahwin dan ada anak... asal ada event belah petang hanya Allah je tahu hati cujie macamana. Teringat kat hubby... anak-anak. Nanti balik rasa bersalah teramat-amat nak lagi bila diorang dah tidur.

Perasaan ni bukan dibuat-buat. Bila hati jadi serba tak kena... mood pun hilang melayang. Muka pun jadi sememeh je. Penyakit apakah ini... tahukah anda. Hanya boleh selawat banyak-banyak dalam hati. Tenang sikit. Tapi kalau dalam perjalanan balik rumah ada sayap dah lama terbang.

Emak cujie je tahu penyakit cujie ni... suitable ke dikatakan penyakit mungkin ada XXXXXphobia yang cujie tak tahu.

Saturday, August 21, 2010

11 Ramadhan 1431H

Bila sahur sorang2 terasa sunyinya.

Mula rasa sedih… sob sob. Tahun ni rasa paling ketara. Kalau layan lelebih lagi boleh berderai juga airmata. Mengenangkan berpuasa 4 – 5 tahun dulu seronok sangat, waktu tu pun masa arwah abah ada dan emak dan adik-adik pun masih ada di KL. Kiranya berada satu bumbung tak berjauhan.

Waktu sahur macam ni biasanya sangat menenangkan. Hirup udara segar kat luar beranda lepas sahur tengok rumah mana yang masih gelap... kadang masa tu duduk la sesorang kat beranda angah dan rara dah masuk bilik nak tidur balik. Emak pula kalau terkena shift pagi dah sibuk bersiap pergi kerja.

Waktu berbuka pula sangat fun. Mak memang masak everyday dan kalau rajin mak akan buat kuih. Selalu permintaan kuih onde-onde buah melaka tu sangat mendapat perhatian. Every year kot mak buat. Selalu mak dan arwah abah je pergi bazar ramadhan... hujung minggu je arwah abah bawa jenjalan. Hari biasa kalau lepas diorang pergi bazar kitorang memang menunggu diorang balik je. Nanti arwah abah ajak ronda dengan motor pusing keliling kawasan Keramat Wangsa tu. Ish sampai besar juga la naik motor dok bonceng arwah dulu. Pernah juga satu tahun tu belajar motor dengan dia. Tapi dah dasar kecut perut takde la bawak motor sampai hari ni. Padahal masa tu boleh dah bawak motor tapi asal ada kereta kat belakang dok berhenti tepi kasi laluan pada kereta. Erk!

Tapi pada tahun ni giliran balik Batu Kurau bukannya tak happy. Cumanya tak dapat nak beraya dengan mak. Nak menggembirakan emak di pagi raya itu yang buat hati lebih sebak. Waktu sahur macam ni mulalah teringat kat adik-adik cujie… apalah yang Angah sahurkan… bangun sahur tak dia. Manakala emak, rara dan dina mesti sahur kat meja bulat kat dapur sambil layan nenek. Itu yang tergambar difikiran cujie buat masa ini. Jauh melayang ke nun je JB.

Tahun depan kalau dipanjangkan umur dapat la beraya dengan mak dan adik-adik dan masa tu kami pun dah tambah ahli keluarga baru. Insyallah. Isk tak sabar plak nak tunggu raya tahun depan... kekek.

p/s : Emak, I love you!

Thursday, August 19, 2010

Silica Gel

Silica gel is a granular, vitreous, highly porous form of silica made synthetically from sodium silicate. Despite its name, silica gel is a solid. It is a naturally occurring mineral that is purified and processed into either granular or beaded form. As a desiccant, it has an average pore size of 24 angstroms and has a strong affinity for water molecules.

Silica gel is most commonly encountered in everyday life as beads packed in a vapor-permeable plastic. In this form, it is used as a desiccant to control local humidity in order to avoid spoilage or degradation of some goods. Because of poisonous dopants (see below) and their very high absorption of moisture, silica gel packets usually bear warnings for the user not to eat the contents. If consumed, the pure silica gel is unlikely to cause acute or chronic illness. Food-grade desiccant should not include any poisons which would cause long-term harm to humans if consumed in the quantities normally included with the items of food.

source : wikipedia

Dulu masa study kalau buat amali guna silica gel ni amatlah menakutkan kononnya. Maklumlah lecturer asyik dok cakap ianya bahan karsinogen. Takut sangatlah nanti kena kanser. Silica gel ni kita boleh dapati masa beli kasut, handbag atau ubatan sekalipun. Silica gel yang masih kering berwarna biru manakala jika ianya sudah menyerap humidity akan bertukar menjadi warna pink. Kita boleh dapatkan kembali silica gel yang kering dengan proses pengeringan pada 150 celcius.

Ingat lagi mak bawa balik satu plastik besar berisi silica gel dari tempat kerja. Mak nak letak dalam pasu bunga kristal yang masa tu sangat² glamour. Memang setiap rumah mengimpikan satu set bunga kristal. Tapi bila tengok terus cakap kat mak... takut adik makan. Maklumlah masa tu adik bongsu cujie masih kecil lagi. Pantang jumpa benda kecik bersepah takut dia makan paling tidak masukkan kan the tiny little thing ke dalam hidung. Ada kot 2 kali bekejar ke hospital sebab dia masukkan peluru pistol mainan dan pada hari yang lain pula masukkan buah ceri burung tu.

Entry ni saja nak mengimbau betapa syoknya masa zaman study dulu. Suka buat amali... masa buat amali ni macam² magic berlaku tapi yang penting apa yang kita buat hasilnya tetap sama. Rindu nak masuk lab bergaya dengan labcot putih suci. Kerja dalam lab sangat disiplin semua nak tepat. Keadaan dalam lab pun tak semak... tak yah tengok file bertimbun-timbun menggunung. Radas yang paling dirindui... bikar. Tak tau kenapa... rindu nak pegang bikar... tabung uji... kelalang kon. Rindu nak tengok mikrob... membiak-biak atas agar. Pastu tengok bawah mikroskop. Haih rindulah... rindu tahu!
p/s : kira macam mid life crisis je... sob sob

Monday, August 16, 2010

all my caps ~ Ahmad Haikal

Kali ni dedahkan atau korek berapa banyak caps yang Ahmad Haikal dah ada sepanjang usianya 4 tahun 8 bulan ni... kalau kita bundarkan umurnya tu dah kira 5 tahun la kan. Sian orang yang lahir bulan duabelas ni. Umur baru setahun jagung dah dikatakan sudah bujang.

Pertama sekali topi yang dipakai ni datang dalam satu set from shirt sampai seluar plus caps nya sekali... nampakkan di situ topi baby-ish sangat... bila tengok gambar ni geram benar ngan dia. Macam dia kena kidnapped ngan makhluk asing. Mana dia pergi sekarang ni...
Topi yang kedua ni juga pemberian seseorang. Beliau merupakan seorang teman virtual hasil dari perkenalan di pcm. Masa tu memasing sibuk nak kawen lepas kawen sibuk cerita mengandung pastu sibuk cerita tentang anak. Kongsi rasa kongsi masalah. Haih lama dah kenal iswatie. Watie bagi masa birthday Ahmad Haikal...
Cap yang ketiga ni memang sangat² disayangi oleh Ahmad Haikal umminya dan juga ayahnya. Sebab inilah topi poney yang pertama kami belikan untuk sibujang pujaan kami masa tu. Sampai hari ni pun still pujaan hati lagi... tu je sorang anak lelaki yang ada buat masa ini. Gambar ni hasil dari Zubye masa tu buat outdoor photoshoot.
Topi yang keempat dibeli masa di langkawi. Tanda kenang-kenangan masa pergi ke sana tahun 2007. Masa tu geram juga nak beli topi airasia yang merah sangat menawan kalbu.
Topi kelima ni kami beli di pasar malam rasanya. Dah lupa dah... tapi masih ada sampai sekarang ni dok tergantung kat dinding. Cantik...
Topi poney ni menduduki tempat ke-6 dikepala Ahmad Haikal. Cantik sebab warnanya yang kuning tu memberikan kelainan berbanding topi yang sebelum ni banyak warna merah dan biru. Cumanya susah nak menjaga maklumlah bila kotor memang nampak ketara.
Ahmad Haikal pun tak lupa songkok juga... ni songkok first buat Ahmad Haikal. Dua tiga tahun juga songkok yang sama dipakai ketika raya. Lepas tu Ahmad Haikal pakai kopiah putih je.
Topi yang ke-7 ni memang susah sangat nak dapat. Cari sampai One Utama satu bangunan sebab ayah dia yang cerewet memilih cap untuk bujang senang tu. Akhirnya jumpa kat Kred dan berkenan dengan yang ini. Warna coklat plak kali ni... sebab tak larat nak membasuh cap yang cepat nampak kotor.
Yang kelapan plak just beli from flea market. Lebih kurang dengan topi kred tu tapi banyak macam logo antaranya tu ferrari, shell... memacam lah... memula tak suka lama kelamaan suka juga. Sayang juga.
Setelah dah pandai pilih sendiri... inilah hasilnya bila sudah berjaya memujuk hati ayahnya. Dapat juga apa yang dihajat... masa tu pergi KL sentral untuk cari ticket bus untuk Pak Su Sudin yang nak balik Johor. Memang cantik cap ni... lain dari yang lain... ada cartoon kesukaan atau lebih teruk lagi bila kita katakan kegilaan Ahmad Haikal...
Seterusnya jenama nike plak diperkenalkan. Lagi putih suci murni... paling mahalssss setakat ini. Unfortunately masa balik Batu Kurau hari tu ntah mana peginya. Mak dan ayah cari dalam rumah tak jumpa. Hubby masih beranggapan terselit bawah katil atau celah lemari. Sayang juga koleksi yang ni...
Yang last dalam koleksi adalah hadiah dari kesayangan aciknya. Buat surprise hantar melalui pos express terus ke office umminya. Ahmad Haikal sayang topi ben10 nya yang kedua ini. Sayangnya tak dapat pakai lama nampaknya. Memuat je sekarang ni. Topi ni sangat lain dari dari yang ada... err I mean dari segi designnya.
Mungkin raya ni akan keluar topi baru lagi... sape tahu kat mana yang ada topi yang cantik untuk Ahmad Haikal. Nak kasi as a gift pun apa salahnya... hehe. Siapa kata boys takde aksesori...

Saturday, August 14, 2010

Illuminiti dan freemason : Lady Gaga

Buat masa sekarang ni tengah menghabiskan episode² the arrivals from youtube. Mujur ada substitle in Malay. Maklumlah saya kan orang melayu. hehe... video tersebut banyak menceritakan tentang ketibaan dajjal... part by part setiap episode merungkaikan apa yang dibuat oleh mereka untuk kita lalai lalu meninggalkan Islam tanpa sedar. Masyaallah.

Cujie baru tau the arrivals ni from Abang Nara... erm quite famous kan dalam dunia blog mahupun nuffnang sendiri. Jadi cujie juga ingin menghebohkan satu rancangan atau niat jahat besar bagi mereka yang bertungkus lumus nak memesongkan akidah kita. Maknanya kita masih dijajah... Allahuakbar.

Contoh paling dekat... kita pon dok ikut nyanyi juga... Alejandro. Cujie ambil from beautifulnara.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”

lady gaga

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..

lady gaga

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?

lady gaga

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya – oleh Gaga si illuminatist tak guna .

lady gaga

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .

Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

lady gaga
( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

lady gaga

lady gaga

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

lady gaga

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

lady gaga

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don’t call my name ,Don’t call my name, Bye Fernando .
I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .

lady gaga

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..

lady gaga

lady gaga

I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..

lady gaga

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) ”

lady gaga

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah …

lady gaga

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya” (Al-Isra’ 17:36)


dapur di bazar

Dah mula dah bebudak dok main mercun sana sini. Terasa la macam bulan puasa masa kekecik dulu. Masa tu main bunga api kira macam kemestian la. Sian bebudak sekarang tak rasa apa yang kita rasa dulu. Tak lama lagi atau pun dah ada kat berita tang bebudak hampir terputus jari, dah pun putus jari malah ada yang buta akibat main mercun buatan sendiri.

Serius memang tak pernah tengok mercun buatan sendiri macamana atau lebih dikenali dengan meriam buluh. Hubby pernah cerita yang mercun buat pakai paip besi lagi hebat bunyinya berbanding meriam buluh. First time cujie dengar pun bila dah kawen dengan hubby. Kat kampung dia macam main lawan siapa hebat dan siapa paling kuat. Macam perang! Pukul 2-3 pagi pun masih ada yang main lagi.

Iftar tahun ni seperti tahun sebelum² ni... pakat beli kat PARAM. Baru je tahu PARAM tu apa. Pembelian hari kedua tu paling terasa sebabnya 3 jenis lauk dekat RM20 habis. Tapi serius sedap. Tak kesah la tu... makan pejam mata sebab sedap. Kalau suh cujie masak nescaya tak sesedap itu. Ingat boleh la nak memasak weekend. Erm takde apa yang berubah... hubby takmo makan nasi pulak. Ended up bila kat bazar lauk pauk juga yang dicari.

Sejak berkeluarga ni jarang nak makan luar. Cujie pun rimas sebab leceh nak solat kat luar. Kalau kat rumah tu mudah... makan sikit boleh dah pergi solat tak risau kiddos sangat. Tengok la nanti diorang dah puasa sesama boleh la cuba pi iftar diluar. Pengorbanan namanya tu.

Cujie makan sejenis je... tak berulang. Dah berbuka tu tu jelah cujie makan. Kuih muih tu pun tak berapa sangat. Tapi kalau tepung pelita memang tak tolak... kuih kole kacang juga. Beli sikit je untuk sendiri makan. Hubby kadang suka beli roti john nanti dia tak habis dok paksa kita makan. tsk

By the way Ahmad Haikal belum lagi dilatih puasa. Tapi bila orang tanya puasa ke tidak... dia jawab puasa padahal kat pocket beg sekolah dok tersisip botol air berisi ribena. Insyallah tahun depan boleh la cuba. Bila terangkan puasa tu apa... dia pula muncung tak nak kawan dengan ummi dia. Sah tak faham lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Bollywood version of Twilight

Have you heard about india twilight. Adus... cannot imagine LOL.

I've heard on Monday morning by one of my colleague. Yang buat masa ini diorang dok sibuk pilih actor and actress untuk watak edward cullen, bella swan & Jacob. Mau gelak pecah perut bila di office memasing dok speaking hindi ikut skrip twilight. Memang terror diorang speaking hindi. Yang cujie tau shorto mojey... tak silap maksud dia lepaskan saya... eh kalau salah tolong betulkan.

Yang akan play role as edwad cullen yang digembar gemburkan sekarang ini adalah Imran Khan. Try tengok sikit rupa vampire hindi... pasni adalah tu adegan Edward menari-nari ditengah hujan dengan Bella la... haih romantik amat. hehe...
Ada sama? Tang eyebrow je kot lebatnya sama. Erm... bab untuk watak Bella & Jacob masih belum diketahui kot. Diorang kat sana masih mencari calon sesuai barangkali. Yang pasti Imran Khan mendapat undian tertinggi untuk watak Edward.

Jangan la kat Malaysia pon sibuk nak buat filem Senjakala. Baca sinopsis buku Twilight yang telah dialih bahasa pun rasa nak tergelak terguling-guling. Haip! Bukan takmo sokong filem melayu tapi sila la cari identiti sendiri. Jangan nak mentiru sebulat-bulatnya. Tapi kalau betul siapa eh agaknya Edward Cullen melayu. Mesti kurang romantik... yelah diorang kan sibuk kata orang lelaki melayu kurang romantik. Heheh... tak kenal maka tak cinta kan... Suami I tu romantik je kadangkala. opss terlebih sudah...

Tuesday, August 10, 2010

benjolan di kepala ku...

Tak menduga ianya terjadi. Lasak betul anak dara cujie ni. Kejadian berlaku pada hari Ahad waktu maghrib. Masa tu cujie baru sahaja nak mendirikan solat dan sememangnya baru sangat sebab permulaan nak memasang niat. Dah kedengaran kaboom.
Terus berhenti dan capai Alesha yang memang dah nangis tak keluar suara. Nangis selok... heh gitu eh. Masa tu tengok dahi dia kemek... tapi bila dia nangis tu dalam sekelip mata sahaja yang kemek tu bertukar menjadi benjolan macam telur ayam.

Masa tu Alesha nangis, cujie pun nangis sama. Tak tahu nak buat apa... terus buka telekong dan tuam dengan rambut sambil selawat. Pastu teringat bagi minum air... pesan emak. Untuk elakkan hilang semangat. Memula dah amik air masak then teringat atas lemari ada air 30 juzuk yang hubby amik untuk Ahmad Haikal masa exam hari tu.

Lepas tu amik plak balm untuk kids then sapu kawasan sekeliling yang benjol tu. Masa tu memang dah biru benjolan tu. Tak lama lepas hilang penat menangis, Alesha terus tidur sampai pagi.
Dia sebenarnya tengah nak panjat katil. Memang katil cujie tu tinggi but before this ok je dia dok turun naik katil. Masa tu pun takde selimut ke atau apa² yang boleh buat dia tergelincir jatuh. Sekarang masih lagi berbenjol. Dok tuam je la. Hubby tengok pun dok sedih je kepala anak dara berbenjol.

Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Sekiranya ada salah dan silap kami sekeluarga harap dimaafkan. Semoga pada Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Rindu nak berbuka dan bersahur dengan keluarga macam masa kecil. Everytime sahur mak mesti buat teh panas after makan nasi. Sangat sedap teh mak masa tu. Minum sambil hirup udara segar kat beranda. Miss the good old days.