Monday, July 19, 2010

Sila lunaskan hutang anda

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

  • Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
  • Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
  • Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
  • Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : "Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas".

(Riwayat Baihaqi)

Jabatan Mufti Negeri Selangor

3 comments:

fikaryna said...

bestnya kalau hidup xde hutang..hutang kete..hutang umah..hutang blaja..huhu..

✿NAZIRAH✿ said...

betul la kak...kalo tak bayar hutang rm1 2 pon kite dah risau..kadang tuh, kalo kite beli barang kan tmbah online, kite dah byar, tpi org yg berniaga lak tak hntar barang yg kite beli..same jugk kes nye..so, saya rase, kalo bab2 duit nih, bia la amanah, sebab kalo org tak halalkan, memg berdosa la kite.. :)

Cujie said...

Fika,
itu dah tak bleh nak elak. Ada benda yang tak perlu tak payah la sampai berhutang kad kredit. :))

Nazirah,
yup betul tu. Amanah tu yang penting sebenarnya. Ni kalau si pemberi hutang tu dah sampai naik tebal muka nak minta duit balik. Jangan la sampai mcm tu. Dia buat senyap. Dah tu pula tunjuk plak beli itu dan ini tapi hutang takmo bayar. Apa kes!