Sunday, July 4, 2010

Saya punya City ~ I-city

Kelmarin jalan sakan dengan family tersayang. Sebelah tengahari tu pergi Keramat Wangsa sebab ada kenduri kahwin. Budak yang kahwin ni dulu dok ngaji sesama juga. Sebaya adik cujie no. 2 tu dan pernah kena tumbuk hidung yang mancung tu dengan Angah lepas balik ngaji. Berdarah la juga... Hah tu la jangan ejek2 orang lagi.
Pastu singgah sembahyang kat Surau Asyakirin tempat cujie dok mengaji dulu. Dulu masa sekolah memang tak pergi sekolah agama tapi mak hantar pergi mengaji muqaddam & quran lepas balik sekolah then lepas maghrib pergi ngaji dengan Pakcik Abu Bakar.
Kononnya nak pergi Jalan TAR nak tengok kain. Takde maknanya jalan jammed sesangat. Nak parking pon susah. At last amik keputusan mak je yang pergi sebab Angah & Azam dah lama tunggu kat sogo. Kitorang balik.

Mula tu dah rasa sakit kepala dari masa tengah jammed lagi. Hubby kata mandi, makan dan tidur dapat hilangkan sakit kepala. Malamnya pula kitorang pergi I-city, Shah Alam. Huh jammed dari simpang nak masuk I-city tu. Rasa macam nak suruh je diorang patah balik. Masa tu pula dah start nak semput. Sebab dah terlalu banyak ketawa.
Kiddos sangat happy dapat tengok lampu cantik. Cuma Alesha takmo berjalan nak berdukung. Takut apa ntah sampaikan nak ambil gambar pun dia tak nak. So gambar Ahmad Haikal la yang banyak sekali.
Adik² cujie ajak pi downtown Danau Kota tapi disebabkan semput plus sakit kepala, cujie minta nak balik. Diorang pun teruskan perjalanan sambil nak pegi makan char kuey tiaw kat danau kota tu. Itupun kiddos & Cujie sampai rumah dalam pukul 12 tghmlm. Hubby yang tak ikut sebab ada kelas kat masjid pastu nak sambung tengok Argentina & German pun dah senyap sunyi tidur. Diorang balik dalam pukul 3 pagi gitu... amboi amboi.

No comments: