Thursday, July 8, 2010

Puas hati tengok Eclipse

Bila hati berkecai tak dapat apa yang diidamkan, terus je tangan gatal booked 2 tickets untuk tengok Twilight Saga : Eclipse. Sangat rasa kecewanya tu... langsung bad mood. Lewat sehari dari yang dijangka dapat tengok movie kegilaan hati.
Lebih setengah tahun tunggu Eclipse ditayangkan. Bayangkan aje nak tengok new moon tu padahal baru 2 minggu operation sanggup juga pergi ke cinema. Ngeri masa tu nak berjalan. Mesti orang pelik apahal budak ni jalan lain macam orang tengah pantang.

Eclipse dimulakan dengan Riley yang diburu oleh Victoria. Sangat kesian. Dalam hati macam berkata alah kesian Riley mesti dia budak baik sebelum jadi vampire. Kemudian baru la scene Edward & Bella dok berbincang bila masa Bella nak jadi vampire. Sangat romantik... leh senyum sorang². Ok ok korang pergilah tengok dulu Eclipse.
Orang dalam panggung mudah sangat nak gelakkan Charlie tu... tak faham cujie kenapa. Ada part tidak la kelakar. Ada part memang patut la nak ketawa. hehehe... Apa-apa pun sangat berpuas hati. Best. Scene masa tengah berlawan dengan newborn pun sangat mendebarkan tambah lagi ada werewolf yang nampak cute je. Erm agak sebak juga masa Bella jumpa emak dia. Dan lagi satu part yang tunjuk diamond untuk bracelet Bella yang Edward bagi tu sangat sekilas pandang. Cantik.

So malam ni dah boleh tidur lena. So tunggu breaking dawn part 1 je yang akan ditayangkan pada 18 November 2011 nanti. Lebih satu setengah tahun nak tunggu. Hari ni saya dating la dengan encik suami saya. Thanks to hubby sebab dok melayan kegilaan cujie ni. Nak sambung baca Breaking Dawn untuk persiapan tahun depan. Daaa....

1 comment:

iswatie "colours of life" said...

okeih fine...esk br nak layan midnite ngan mr hubby!