Wednesday, July 14, 2010

the preparation...

Hari sabtu ni ada projek mega. Dah lama dah idam nak jadi more creative dari biasa. Tapi itu mungkin akan diceritakan next entry. Kita tengok samada cujie ni creative atau tangan tak bedung. Harap semuanya ok la.
Sekarang fikiran agak keserabutan sedikit. Jarang tidur tak lena sebab cujie jenis pantang letak kepala mesti tidur punya. Berita tentang SIL yang akan berkahwin raya ini turut sama menghantui. Warna temanya coklat keemasan. Ini juga ada kaitannya projek mega tersebut. Kalau untuk hantaran pasti molek benar nanti. Sebelah utara nak lagi kat kampung tu belum pernah lagi cujie tengok buat apa akan cujie buat nanti. Ini mode berangan. Kalau terlebih rajin mungkin boleh jadi berkat juga. Hehe suka...suka...suka.

Dah terbayang dah pasti sibuk masa dalam puasa lagi. Mesti dapat tolong mak buat kerepek pisang atau tempeyek untuk rewang. Lepas tu mesti rasa penat bila dah buat semua tu pastu nak sambung masak untuk bulan puasa. Haih bab tu lemah. Kekeke... sebab dah pernah terkena dulu masa pregnant Ahmad Haikal. Erm tapi kalau masa pregnant cujie boleh takkan bawa diri sendiri je nak serah kalah.

Sebenarnya yang menghantui cujie ialah kemungkinan ada dua kenduri kahwin yang melibatkan SIL dan adik cujie sendiri yang dijangkakan nak buat dalam tahun baru cina tahun depan. Walaupun adik cujie ambil keputusan untuk buat kenduri kahwinnya di kuala lumpur saja sebab bila fikir balik untuk famili sebelah pahang lebih dekat sikit nak datang. Kawan-kawan dia pun ramai di sini... kawan-kawan arwah abah, mak malah cujie sendiri semua di sini. Jadi tidak la teragak-agak. Masih mencari dewan yang sesuai dengan budget. Katering pun sama. Sebab kalau jadi bagai dikata tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak buat persiapan.

Dalam hati kadang sebak juga sebab Angah kena lalui seorang diri. Dulu waktu cujie mak dan arwah abah banyak menentukan keputusan dan hulur bantuan mencari khemah, tukang masak dan sebagainya. Ada juga cujie cuba bantu... sekiranya Angah minta bantuan pastinya cujie bantu. Ada mak jauh pula...

SIL cujie yang bongsu tu pun kalau takde aral melintang nak buat dalam masa yang sama. Kalau benar bagai dikata dah tentu parents in law tak dapat nak datang untuk jadi tamu majlis adik cujie dan pastinya kitorang pun tak dapat nak balik hulur bantuan. Peningnya disitu. Hubby satu-satunya boleh dikatakan orang kuat dalam majlis adik cujie nanti. Dia juga orang kedua terpenting dalam keluarga dia walaupun dia masih ada adik lelakinya. Hehe tapi kalau guna kuasa veto boleh menang tak...

Erm sape tahu ada dewan yang cantik menarik senang nak pegi tapi murah-murah boleh la memberitahu di sini. Dapat juga cujie memberi bantuan pada Angah nanti. Katering pun sama ye. Jasa baik kalian hanya Allah sahaja dapat membalasnya.


2 comments:

Aida Faris said...

da lame xbce blog akak.
my mama ade katering.
pe2 kak cujie juz drop email kt aida ar.
farisyu_90@hotmail.com

Cujie said...

Hi Aida,
Insyallah. Nanti akak roger roger eh. Thanks sebab sudi baca blog akak ni... :))