Tuesday, July 13, 2010

Live like we're dying

Perkara ini bukan diminta terjadi. Namun setelah hampir 6 tahun bekerja tidak sedikit pun memberi makna pada sesiapa. Padahal buat yang diarahkan seperti yang diminta. Bila tiba satu hari kerja yang menimbun tak tahu mana satu yang urgent mana satu yang didahulukan. Tak dapat nak dibuat seperti selalu tambahan lagi peralatan yang tak mencukupi tapi mengharapkan buat kerja seperti saya seorang flashwoman. Ditambah lagi dengan kurang tenaga kerja. Sayalah sipembuka pintu... sayalah sipengangkat telefon dan setiap kali datangnya despatch sayalah orangnya yang mencatat rekod dokumen sambil jari intercom number yang masa itu sedang bermain diingatan. Sedangkan benda ini semua tiada dalam job skop saya.

Ya hari ni kira nak ungkit nak bangkit semua. Setimpalkah apa yang saya buat selama ini dengan apa yang diberi. Nak kata setiap kerja ada salahnya kurang sekali kalau orang nak pulangkan semula kerja apa yang diberi. Tip top full mark kalau itu kerja sekolah.

Orang nampak kerja saya ringan. Orang nampak saya umpama tiada kerja. Tapi selama ini tidak pernah la pula saya tertidur tak teralpa nak buat kerja saya. Silap besar setahun sekali pun payah nak ada rekod. Sebab saya hanya kuli...

Saya buat kerja macam kura-kura? Macam-macam kerja saya buat seharian. Bila mana tengah kusyuk buat kerja tetiba ada panggilan perlu diangkat... nak tunggu orang lain angkat. Harapan... baik saya angkat cepat. Bila dah angkat telefon ada orang bertanya kan itu ini ada benda saya boleh jawab saya jawab. Saya kan berpengetahuan luas dan berpengalaman. Agak tak boleh saya transfer pada yang berhak. Jadi kerja saya telah diganggu. Eh belum lagi nak kena buka pintu bila bunyi ting tong. Itu pun kadang jadi salah besar bagi saya sipembuka pintu kalau ada salesman yang datang. Tak kan nak dihalau... sudah tentu kita akan jawab baik. Sebab dia human macam saya. Tau jelah sikap salesman mesti nak approach juga. Dah kita jawab tak nak. Ambil masa kadang 4-5 minit untuk dia keluar.

Itu belum lagi saya nak attend agent yang datang nak beli itu nak beli ini. Nak minta perhatian. Semua itu boleh mengganggu saya untuk buat kerja rutin saya selama ini.

Hari ni saya berselisih faham dengan seseorang. Hati jadi sakit... nape nak ugut-ugut saya itu ini. Kalau kerja itu penting... saya sebagai kuli je kot. Nah pergi cari orang yang layak. Sebab saya tak layak. Kalau setakat nak buat checking kerja-kerja saya. Aduh sudah takde kerjakah anda sedangkan setahu saya andalah orang yang paling busy dalam office untuk program seminar akan datang. Andalah yang tersibuk kalah selat melaka sibuknya sampai report department sendiri tak dapat nak buat dan gunakan alasan depan CEO tak ada masa. Come on la wake up la staff sendiri ada lebih ramai dari department lain tak kan satu report pun tak dapat nak buat. Atau tak pandai nak delegate kerja secara telus. Geli hati la alasan yang digunakan. Sibuk pun ada masa nak tidur. Sudah tu pula apa yang tertera dalam job skop anda tak pernahnya buat. Department sendiri buat salah berusaha kambus takut dihidu. Sedangkan silap paling besar datang dari department sendiri. Sila jaga department sendiri jangan sibuk kerja orang lain.

Udah-udahlah buat perangai yang orang tak suka. Jangan buat orang benci... buka mata buka minda. Tepuk dada tanya selera. Saya kena buat kerja untuk 4 orang atasan.

Saya tak marah... saya Cuma luahkan perasaan je. Anyway this is my blog. Saya boleh cakap apa sahaja. Saya bukan seorang pemarah, bukan seorang pemberontak tapi hari ni hati saya sakit dihiris-hiris umpama saya tak berperasaan.

Please respect me as human!

2 comments:

jane said...

itu dia cik puan cujie dah bersuara..yerlah kadang tu org ingat mentang2 kita asyik snyum aja..boleh buat main2..kan..
tp sangat respect ..sb kerna kerana benar..kan mam cujie...

Cujie said...

dulu memang la boleh senyap dan senyum
tapi bila dah 6 tahun kat sini
kesenyapan saya bawa padah
senyuman saya dah tak indah

senyap tu kekadang boleh nampak kita macam orang bodoh plak... siapa kata senyap itu indah dan nampak cerdik. Dah sah pandangan pertama kita kat orang yang senyap sah orang tu salah.