Saturday, July 3, 2010

Hot air balloon

Erm makin lama makin merudum entry kat blog cujie ni kan. Tapi cujie ada alasan kenapa lama tak post entry baru. Selain beban kerja yang mengggunung mengharapkan cujie seperti seorang assistant manager gitu... sila membacanya dengan tenang ye. Cujie banyak benda nak settle dalam satu masa. Sekarang ni lebih semacam tak mahu membuat entry diwaktu bertugas. Eh sudah agak lama tak mencuri masa syarikat. Ada tak ada facebook... itu pun sekarang ni dah naik boring tengok facebook rasa kembang je tekak. Takat nak tengok khabar kawan-kawan je.
Jadi sila jangan nak menuduhlah cujie twenty four hours dok berinternet padahal cujie pi keje 8 jam sehari. Habis yang tengah baca blog ni bukan waktu bekerja kah? hehe sapa makan nasi dia la yang terasa kenyangnya. Sapa makan sambal belacan dia la yang terasa gatal hidung!
Erm last week hari tu ada hot air balloon depan amcorp mall. Sebijik je... tapi jadilah. Hubby balik je keje pukul 10 malam terus suruh bersiap nak bawa kiddos keluar tengok balloon maha besarnya dari balloon yang ada. Ahmad Haikal dah terjerit-jerit tak bagi Alesha yang makin dekat dengan hot air balloon tu. Alesha tak heran sebab dia teramat jakun mak pak pon jakun sama tapi abangnya teramat takut dihempap oleh balloon besar ni.

Pastu dok layan bola kat screen besar. Pusing-pusing sekitar bandar PJ... then lepak kat kedai mamak pekena teh tarik. Tak leh berjaga lewat sebab besoknya dah ada aktiviti. Ok moh sambung entry lain plak...

No comments: