Sunday, July 18, 2010

fairy cake

Akhirnya beliau berjaya juga membuktikan diri beliau sangat kreatif walaupun masih belum sempurna. Boleh la tu... cantik juga tak hodoh sangat. Dapatlah juga kiddos merasa hasil buatan tangan ummi diorang. Heheh... tapi belum boleh declare private limited eh.

Erm agak lewat juga sampai mujur tak sesat ke rumah sifu. Sampai sahaja teruslah berusaha nak menjadi pandai sepandai sifu. Macam-macam diajar... sampai rose seopis dengan cujie yang turut serta belajar pun takut terlupa. Hehe jadi jugalah nak buat deko bunga rose guna fondant, swirl macam bunga rose guna buttercream.
Sekarang dalam kepala nak beli oven, mixer & scale serta tools yang akan digunakan untuk buat sejenis cakes yang bernama cantik... cupcakes. Sampai sahaja di muka pintu kiddos dah serbu nak pilih cupcakes pilihan hati. Makan la sampai lebam. Ahmad Haikal awal-awal dah pesan nak cupcakes ben10 untuk Alesha pun dia dah pilihkan cupcakes princess.

1 comment:

Rara said...

Ehem. Sebelum balik sini, boleh lah buatkan untuk aku eh. Kiranya birthday present in advance :P