Saturday, July 3, 2010

Choo choo train

Memandangkan Alesha yang begitu jakun dengan choo choo train maka kami ambil keputusan untuk membawanya naik lrt sambil boleh bermandian di pool KLCC. Mulutnya tak berhenti mengomel choo choo train berulangkali tanpa jemu. Ok faham Alesha... kamu tak pernah naik. Yang si abang biasanya memang kontra, dia dok mengeluh sakan sebab takmo naik lrt. Banyak soalan kenapa tinggal kereta... kenapa tak naik kereta. Tak nak naik train nanti orang ramai memacam la alasan dia.
Bila dalam lrt Alesha paling kepoh... mujur tak ramai orang jadinya macam takdelah Alesha jadi tontonan penumpang lrt yang memang semuanya muka boring kalau tak dapat tempat duduk. heheh... Bagi siapa yang dapat duduk bebuatlah tidur. Eleh taktik lama tu... perempuan tahan lagi la kalau lelaki rasa macam nak je halau dari lrt terus. Sila jalan kaki... Ahmad Haikal plak takde kerja lain la dia. Tak tido... tot tet tot tet dengan psp.
Bila sampai KLCC terus je keluar pi taman. Ramai dah bebudak mandi... erm mak lifeguard tu? Seperti biasa menjalankan tugas yang ntah apa-apa... prot pret sini sana. Haih bila dah duduk bawah pokok yang redup mata macam layu je. Adalah dalam sejam gitu... kiddos dah pun kecut mecut kami pun siapkan diorang. Dah terlanjur kat playground tu... diorang pun sakan panjat sana sini. Tetiba rasa macam kenal je seorang perempuan dok layan anak-anak dia main. Cuba datang dekat. Dia pun dah mula perasan. Terus je bersalam. Lama dah tak jumpa almost 12 years. Alih alih jumpa kat KLCC.
Kiddos pun dah penat... kita sejukkan badan masuk perut KLCC plak. Kita cuci mata kat kinokuniya. Pastu balik dengan rasa hampa sebab tak dapat idaman hati. Tapi takpe... hubby dah janji nak belikan someday. SOMEDAY??? kekeek... hehari tuntut dah ni.

No comments: