Saturday, July 24, 2010

Blood donation

Hari ni di office buat program amal tentang kesihatan dan derma darah. Cujie pun ada khabarkan tentang perkara ini di facebook. Memang dah niat untuk turut serta untuk menderma darah. Tapi ‘saya takut jarum’ masih tebal dalam hati.

Program amal tersebut dimulakan dengan ceramah dari Pusat Kesihatan Daerah Petaling tentang bahayanya wabak denggi. Kemudian disambung pula dengan ceramah dari Datuk Dr Ashar tentang kanser ginekologi. Bila dengar ceramah tu memang sangat menakutkan. Rasanya masa tu la juga nak buat check up dan ambil vaksin.

Masa makin suntuk untuk program derma darah. Program amal tersebut hanya sampai pukul 3 petang. Lebih baik menderma takut nanti balik ke rumah menyesal tak sudah. Jadinya kami bertiga iaitu Kak Jane, Kak Ujie dan cujie sendiri menderma. Kami antara orang yang terakhir... tapi paling akhir ialah saya sendiri.

Hari ni sahaja sebanyak 32 orang menderma. Kiranya suatu pencapaian yang membanggakan. Ok selama ini kita takut nak menderma sebab sakit... jarumnya kecil sedikit dari straw vitagen. Tapi tak sakit sikit pun... tak perlu la rasa takut. Percayalah... sakit bersalin tu lagi sakit. Nak cakap bearable pun macam ermmmmm tak sesuai sebab memang langsung tak sakit.

Darah cujie jenis O. Penderma universal... by the way program hari ni cujie bawa kiddos sekali. Erm gambar dientry akan datang. Kita kecek kat photographer of the day. One more thing masa nak menderma darah tu cuba ingat Edward Cullen gigit je... it's work! Hehehe...

No comments: