Friday, July 30, 2010

A little mermaid

Baru je habis tengok Oprah Winfrey Show @ Hallmark Channel. Salah satu channel favourite cujie kalau movie tak best. Kalau tak buka Hallmark, channel AXN gantinya. Memang tau yang Oprah punya episode memang dah basi masa ditayangkan di hallmark hari ni. Today's topic is tentang wanita yang pertama di Amerika buat implan di muka secara keseluruhan selepas mukanya ditembak oleh suaminya. Topic yang kedua iaitu Mermaid Girl.

Tertarik dan sebak bila tengok topic yang kedua. Pertama besarnya kuasa Allah bila jangkaan Doktor meleset 100 peratus tentang jangkahayat Shiloh. Doktor hanya menjangkakan Shiloh hanya hidup selama 72 jam sahaja. Peluang untuk dia terus hidup sangat tipis. Tapi sehingga umurnya 10 tahun dia masih menghirup nafasnya.
pic : Oprah
Hati tergerak mahu google perkembangan terkini tentang Shiloh Pepin. Rupanya after a month appeared on Oprah, Shiloh telah tiada. Sangat comel Shiloh ni. Lagi satu sebak bila dia sangat menerima keadaan dirinya tak kisah kalau digelar ikan duyung sekali pun. Dia dilahirkan tidak berkaki malah menyerupai ikan duyung menghadapi beberapa komplikasi. Antaranya setiap hari dia kena ambil antibiotik dan steroid untuk elak radang peparu. Anatomi yang berlainan sekali dengan normal human. Mempunyai satu ovari dan tidak mempunyai bahagian kemaluan mahupun dubur. Shiloh menggunakan 2 beg khas iaitu untuk urin dan buang air besar.

She died because of a cold that quickly turned to pneumonia.

No comments: