Friday, July 30, 2010

A little mermaid

Baru je habis tengok Oprah Winfrey Show @ Hallmark Channel. Salah satu channel favourite cujie kalau movie tak best. Kalau tak buka Hallmark, channel AXN gantinya. Memang tau yang Oprah punya episode memang dah basi masa ditayangkan di hallmark hari ni. Today's topic is tentang wanita yang pertama di Amerika buat implan di muka secara keseluruhan selepas mukanya ditembak oleh suaminya. Topic yang kedua iaitu Mermaid Girl.

Tertarik dan sebak bila tengok topic yang kedua. Pertama besarnya kuasa Allah bila jangkaan Doktor meleset 100 peratus tentang jangkahayat Shiloh. Doktor hanya menjangkakan Shiloh hanya hidup selama 72 jam sahaja. Peluang untuk dia terus hidup sangat tipis. Tapi sehingga umurnya 10 tahun dia masih menghirup nafasnya.
pic : Oprah
Hati tergerak mahu google perkembangan terkini tentang Shiloh Pepin. Rupanya after a month appeared on Oprah, Shiloh telah tiada. Sangat comel Shiloh ni. Lagi satu sebak bila dia sangat menerima keadaan dirinya tak kisah kalau digelar ikan duyung sekali pun. Dia dilahirkan tidak berkaki malah menyerupai ikan duyung menghadapi beberapa komplikasi. Antaranya setiap hari dia kena ambil antibiotik dan steroid untuk elak radang peparu. Anatomi yang berlainan sekali dengan normal human. Mempunyai satu ovari dan tidak mempunyai bahagian kemaluan mahupun dubur. Shiloh menggunakan 2 beg khas iaitu untuk urin dan buang air besar.

She died because of a cold that quickly turned to pneumonia.

Thursday, July 29, 2010

Reading time.,...

Bulan ini bulan membaca... takda la hari-hari pun ada reading time untuk Ahmad Haikal dan kadang kala untuk Alesha. Selalu lepas buat homework akan ambil masa 15 - 20 minit untuk membaca story book yang teacher bagi tu.

Kadang baca Pat and the cat... Ben and the hen... and Ron and the fox buku phonics from Schofield and Sims. Tapi Ahmad Haikal agak lambat la nak dapat membaca. Kalau Pat and the cat tu boleh la harap baca sikit-sikit tapi kurang memuaskan hati.
Tiba satu hari tengok video Aisyah yang kak Jane rakam masa dia membaca. Sangat lancar. Laju dan tak teragak-agak. Cujie pun nak tahu buku apa yang Aisyah baca. Cujie minta tolong Kak Jane beli satu. Alhamdulillah setakat hari ini Peter and Jane tu boleh dibacanya. Tapi masih merangkak lagi la. Ahmad Haikal tahu guna words dari apa yang dibaca. Kira sangat okeylah.
So semalam mencari lagi series yang seterusnya. Alesha pun mahu ikut sama. Dia tahu words tree, dog, toys and shop. Dan semalam juga cujie dapatkan dah lengkapkan satu set untuk set 1. Cujie pun dapat satu lagi bahan bacaaan baru. Maklumlah Breaking Dawn dah selamat dihabiskan.

Tuesday, July 27, 2010

Blood Donation Piccas

Masih sunyi sepi lagi di waktu pagi...

the giant killer... nyamuk aedes yang membawa wabak denggi...

Kiddos yang memeriahkan lagi majlis hari itu
Booth pun dah start dibuka... ramai nak tengok nyamuk besar itu.
Keadaan di hadapan office... dah jadi macam hospital gitu
Ahmad Haikal dengan girlfriend... haih sila belajar membaca dulu Ahmad Haikal kalau tidak malu ummi nak pi meminang Cik Siti Aisyah ni
ini mesti dilakukan untuk klasifikasi darah ABO
Tak hilang hisap jari tu...
mamat ni happy je dapat mendermakan darahnya itu
ini borang kami bertiga iaitu Kak Jane, Kak Ujie & saya sendiri... OAO. O rules...
saya dibius cinta... time ni rasa sakit macam kena gigit semut je gitu
masa ni langsung tak rasa apa pun... tengok macam ngerikan. Lepas tu tunggu la 5 minit untuk menderma 450ml iaitu 1 pain darah.
tak sakit pun!
bangga tu dapat sijil ni. Kalau baca kelebihan setiap beberapa kali menderma kemudahan yang boleh didapati di hospital kerajaan sangat rasa tak sabar nak menderma lagi
inilah cik puan aisyahscarf aka Kak Jane yang turut mendermakan darah A.
Staff yang telah memberi support hingga selesai majlis. Ada 2-3 orang lagi ni tapi ada yang balik dah time ni. Oleh kerana komitmen kami sepanjang hari... our GM telah memberikan corporate gift voucher TGV cinema.

Sunday, July 25, 2010

Sudah dibanci...

Rumah saya sudah dibanci pada hari sabtu lalu. Sampai sahaja depan rumah dari kempen kesihatan dan derma darah orang banci pun sampai.
dan ini adalah buktinya

saya juga sudah buat daftar pemilih... insyallah dalam masa terdekat ni i would go to change the address in mykad.
Persediaan nak pergi mengundi ni...

Saturday, July 24, 2010

Blood donation

Hari ni di office buat program amal tentang kesihatan dan derma darah. Cujie pun ada khabarkan tentang perkara ini di facebook. Memang dah niat untuk turut serta untuk menderma darah. Tapi ‘saya takut jarum’ masih tebal dalam hati.

Program amal tersebut dimulakan dengan ceramah dari Pusat Kesihatan Daerah Petaling tentang bahayanya wabak denggi. Kemudian disambung pula dengan ceramah dari Datuk Dr Ashar tentang kanser ginekologi. Bila dengar ceramah tu memang sangat menakutkan. Rasanya masa tu la juga nak buat check up dan ambil vaksin.

Masa makin suntuk untuk program derma darah. Program amal tersebut hanya sampai pukul 3 petang. Lebih baik menderma takut nanti balik ke rumah menyesal tak sudah. Jadinya kami bertiga iaitu Kak Jane, Kak Ujie dan cujie sendiri menderma. Kami antara orang yang terakhir... tapi paling akhir ialah saya sendiri.

Hari ni sahaja sebanyak 32 orang menderma. Kiranya suatu pencapaian yang membanggakan. Ok selama ini kita takut nak menderma sebab sakit... jarumnya kecil sedikit dari straw vitagen. Tapi tak sakit sikit pun... tak perlu la rasa takut. Percayalah... sakit bersalin tu lagi sakit. Nak cakap bearable pun macam ermmmmm tak sesuai sebab memang langsung tak sakit.

Darah cujie jenis O. Penderma universal... by the way program hari ni cujie bawa kiddos sekali. Erm gambar dientry akan datang. Kita kecek kat photographer of the day. One more thing masa nak menderma darah tu cuba ingat Edward Cullen gigit je... it's work! Hehehe...

Monday, July 19, 2010

Sila lunaskan hutang anda

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

  • Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
  • Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
  • Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
  • Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : "Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas".

(Riwayat Baihaqi)

Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sunday, July 18, 2010

fairy cake

Akhirnya beliau berjaya juga membuktikan diri beliau sangat kreatif walaupun masih belum sempurna. Boleh la tu... cantik juga tak hodoh sangat. Dapatlah juga kiddos merasa hasil buatan tangan ummi diorang. Heheh... tapi belum boleh declare private limited eh.

Erm agak lewat juga sampai mujur tak sesat ke rumah sifu. Sampai sahaja teruslah berusaha nak menjadi pandai sepandai sifu. Macam-macam diajar... sampai rose seopis dengan cujie yang turut serta belajar pun takut terlupa. Hehe jadi jugalah nak buat deko bunga rose guna fondant, swirl macam bunga rose guna buttercream.
Sekarang dalam kepala nak beli oven, mixer & scale serta tools yang akan digunakan untuk buat sejenis cakes yang bernama cantik... cupcakes. Sampai sahaja di muka pintu kiddos dah serbu nak pilih cupcakes pilihan hati. Makan la sampai lebam. Ahmad Haikal awal-awal dah pesan nak cupcakes ben10 untuk Alesha pun dia dah pilihkan cupcakes princess.

Wednesday, July 14, 2010

the preparation...

Hari sabtu ni ada projek mega. Dah lama dah idam nak jadi more creative dari biasa. Tapi itu mungkin akan diceritakan next entry. Kita tengok samada cujie ni creative atau tangan tak bedung. Harap semuanya ok la.
Sekarang fikiran agak keserabutan sedikit. Jarang tidur tak lena sebab cujie jenis pantang letak kepala mesti tidur punya. Berita tentang SIL yang akan berkahwin raya ini turut sama menghantui. Warna temanya coklat keemasan. Ini juga ada kaitannya projek mega tersebut. Kalau untuk hantaran pasti molek benar nanti. Sebelah utara nak lagi kat kampung tu belum pernah lagi cujie tengok buat apa akan cujie buat nanti. Ini mode berangan. Kalau terlebih rajin mungkin boleh jadi berkat juga. Hehe suka...suka...suka.

Dah terbayang dah pasti sibuk masa dalam puasa lagi. Mesti dapat tolong mak buat kerepek pisang atau tempeyek untuk rewang. Lepas tu mesti rasa penat bila dah buat semua tu pastu nak sambung masak untuk bulan puasa. Haih bab tu lemah. Kekeke... sebab dah pernah terkena dulu masa pregnant Ahmad Haikal. Erm tapi kalau masa pregnant cujie boleh takkan bawa diri sendiri je nak serah kalah.

Sebenarnya yang menghantui cujie ialah kemungkinan ada dua kenduri kahwin yang melibatkan SIL dan adik cujie sendiri yang dijangkakan nak buat dalam tahun baru cina tahun depan. Walaupun adik cujie ambil keputusan untuk buat kenduri kahwinnya di kuala lumpur saja sebab bila fikir balik untuk famili sebelah pahang lebih dekat sikit nak datang. Kawan-kawan dia pun ramai di sini... kawan-kawan arwah abah, mak malah cujie sendiri semua di sini. Jadi tidak la teragak-agak. Masih mencari dewan yang sesuai dengan budget. Katering pun sama. Sebab kalau jadi bagai dikata tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak buat persiapan.

Dalam hati kadang sebak juga sebab Angah kena lalui seorang diri. Dulu waktu cujie mak dan arwah abah banyak menentukan keputusan dan hulur bantuan mencari khemah, tukang masak dan sebagainya. Ada juga cujie cuba bantu... sekiranya Angah minta bantuan pastinya cujie bantu. Ada mak jauh pula...

SIL cujie yang bongsu tu pun kalau takde aral melintang nak buat dalam masa yang sama. Kalau benar bagai dikata dah tentu parents in law tak dapat nak datang untuk jadi tamu majlis adik cujie dan pastinya kitorang pun tak dapat nak balik hulur bantuan. Peningnya disitu. Hubby satu-satunya boleh dikatakan orang kuat dalam majlis adik cujie nanti. Dia juga orang kedua terpenting dalam keluarga dia walaupun dia masih ada adik lelakinya. Hehe tapi kalau guna kuasa veto boleh menang tak...

Erm sape tahu ada dewan yang cantik menarik senang nak pegi tapi murah-murah boleh la memberitahu di sini. Dapat juga cujie memberi bantuan pada Angah nanti. Katering pun sama ye. Jasa baik kalian hanya Allah sahaja dapat membalasnya.


Tuesday, July 13, 2010

Live like we're dying

Perkara ini bukan diminta terjadi. Namun setelah hampir 6 tahun bekerja tidak sedikit pun memberi makna pada sesiapa. Padahal buat yang diarahkan seperti yang diminta. Bila tiba satu hari kerja yang menimbun tak tahu mana satu yang urgent mana satu yang didahulukan. Tak dapat nak dibuat seperti selalu tambahan lagi peralatan yang tak mencukupi tapi mengharapkan buat kerja seperti saya seorang flashwoman. Ditambah lagi dengan kurang tenaga kerja. Sayalah sipembuka pintu... sayalah sipengangkat telefon dan setiap kali datangnya despatch sayalah orangnya yang mencatat rekod dokumen sambil jari intercom number yang masa itu sedang bermain diingatan. Sedangkan benda ini semua tiada dalam job skop saya.

Ya hari ni kira nak ungkit nak bangkit semua. Setimpalkah apa yang saya buat selama ini dengan apa yang diberi. Nak kata setiap kerja ada salahnya kurang sekali kalau orang nak pulangkan semula kerja apa yang diberi. Tip top full mark kalau itu kerja sekolah.

Orang nampak kerja saya ringan. Orang nampak saya umpama tiada kerja. Tapi selama ini tidak pernah la pula saya tertidur tak teralpa nak buat kerja saya. Silap besar setahun sekali pun payah nak ada rekod. Sebab saya hanya kuli...

Saya buat kerja macam kura-kura? Macam-macam kerja saya buat seharian. Bila mana tengah kusyuk buat kerja tetiba ada panggilan perlu diangkat... nak tunggu orang lain angkat. Harapan... baik saya angkat cepat. Bila dah angkat telefon ada orang bertanya kan itu ini ada benda saya boleh jawab saya jawab. Saya kan berpengetahuan luas dan berpengalaman. Agak tak boleh saya transfer pada yang berhak. Jadi kerja saya telah diganggu. Eh belum lagi nak kena buka pintu bila bunyi ting tong. Itu pun kadang jadi salah besar bagi saya sipembuka pintu kalau ada salesman yang datang. Tak kan nak dihalau... sudah tentu kita akan jawab baik. Sebab dia human macam saya. Tau jelah sikap salesman mesti nak approach juga. Dah kita jawab tak nak. Ambil masa kadang 4-5 minit untuk dia keluar.

Itu belum lagi saya nak attend agent yang datang nak beli itu nak beli ini. Nak minta perhatian. Semua itu boleh mengganggu saya untuk buat kerja rutin saya selama ini.

Hari ni saya berselisih faham dengan seseorang. Hati jadi sakit... nape nak ugut-ugut saya itu ini. Kalau kerja itu penting... saya sebagai kuli je kot. Nah pergi cari orang yang layak. Sebab saya tak layak. Kalau setakat nak buat checking kerja-kerja saya. Aduh sudah takde kerjakah anda sedangkan setahu saya andalah orang yang paling busy dalam office untuk program seminar akan datang. Andalah yang tersibuk kalah selat melaka sibuknya sampai report department sendiri tak dapat nak buat dan gunakan alasan depan CEO tak ada masa. Come on la wake up la staff sendiri ada lebih ramai dari department lain tak kan satu report pun tak dapat nak buat. Atau tak pandai nak delegate kerja secara telus. Geli hati la alasan yang digunakan. Sibuk pun ada masa nak tidur. Sudah tu pula apa yang tertera dalam job skop anda tak pernahnya buat. Department sendiri buat salah berusaha kambus takut dihidu. Sedangkan silap paling besar datang dari department sendiri. Sila jaga department sendiri jangan sibuk kerja orang lain.

Udah-udahlah buat perangai yang orang tak suka. Jangan buat orang benci... buka mata buka minda. Tepuk dada tanya selera. Saya kena buat kerja untuk 4 orang atasan.

Saya tak marah... saya Cuma luahkan perasaan je. Anyway this is my blog. Saya boleh cakap apa sahaja. Saya bukan seorang pemarah, bukan seorang pemberontak tapi hari ni hati saya sakit dihiris-hiris umpama saya tak berperasaan.

Please respect me as human!

Friday, July 9, 2010

Life as we know it

Semenjak tengok 27 dresses tu dah suka sangat kat heroin dalam cerita tu, Katherine Heigl. Dan tak lama lagi nak release her new movie dengan Josh Duhamel.

Cerita dia pasal diorang berdua kena menjadi guardian kepada anak kawan mereka. So cerita ni a bit romantik and comedy. Kelakar bila tengok diorang yang macam anjing dan kucing sama-sama nak menjaga baby. I have to say both of them really cute.

Jom tengok trailer.




Thursday, July 8, 2010

Puas hati tengok Eclipse

Bila hati berkecai tak dapat apa yang diidamkan, terus je tangan gatal booked 2 tickets untuk tengok Twilight Saga : Eclipse. Sangat rasa kecewanya tu... langsung bad mood. Lewat sehari dari yang dijangka dapat tengok movie kegilaan hati.
Lebih setengah tahun tunggu Eclipse ditayangkan. Bayangkan aje nak tengok new moon tu padahal baru 2 minggu operation sanggup juga pergi ke cinema. Ngeri masa tu nak berjalan. Mesti orang pelik apahal budak ni jalan lain macam orang tengah pantang.

Eclipse dimulakan dengan Riley yang diburu oleh Victoria. Sangat kesian. Dalam hati macam berkata alah kesian Riley mesti dia budak baik sebelum jadi vampire. Kemudian baru la scene Edward & Bella dok berbincang bila masa Bella nak jadi vampire. Sangat romantik... leh senyum sorang². Ok ok korang pergilah tengok dulu Eclipse.
Orang dalam panggung mudah sangat nak gelakkan Charlie tu... tak faham cujie kenapa. Ada part tidak la kelakar. Ada part memang patut la nak ketawa. hehehe... Apa-apa pun sangat berpuas hati. Best. Scene masa tengah berlawan dengan newborn pun sangat mendebarkan tambah lagi ada werewolf yang nampak cute je. Erm agak sebak juga masa Bella jumpa emak dia. Dan lagi satu part yang tunjuk diamond untuk bracelet Bella yang Edward bagi tu sangat sekilas pandang. Cantik.

So malam ni dah boleh tidur lena. So tunggu breaking dawn part 1 je yang akan ditayangkan pada 18 November 2011 nanti. Lebih satu setengah tahun nak tunggu. Hari ni saya dating la dengan encik suami saya. Thanks to hubby sebab dok melayan kegilaan cujie ni. Nak sambung baca Breaking Dawn untuk persiapan tahun depan. Daaa....

Tuesday, July 6, 2010

The result...

Akhir Jun yang lalu ada parents meeting dengan teacher.
Alhmadulillah results sangat memberangsangkan. Walaupun pada mulanya masa nak exam tu memang buat revision lelebih lagi ABC dan 123. Isi petak kosong... spelling semua tu. Then just tawakal je. Memang mengharapkan yang terbaik tapi tidak terlalu 'push' sangat Ahmad Haikal buat masa ini.
Dalam umur yang sebegini iaitu hampir mencecah 5 tahun selalu komunikasi itu penting. Dan dalam umur ini dapatlah dia kenal lebih dalam lagi sebutan, sukukata dan apa yang berkaitan dengan huruf tersebut. Teacher ada beritahu second semester ni lebih lagi cabarannya. Sekiranya kita keluar berjalan-jalan ambil peluang tanya dia apa itu dan ini misalnya:

What is this Ahmad Haikal?
This is flower...
How to spell flower Ahmad Haikal?

Masa ni boleh ajar dia spelling. Cara sebutan huruf yang betul. Uih bukan senang nak jadi ibu bapa zaman sekarang ni. Dah kira macam teacher juga la. Selain tu ambil masa dalam 15 minit untuk membaca. Baca sahaja. Lelebih lagi phonics book. Baca banyak kali pun tak apa.
Harap sama-sama la kita memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Siapa tak mahu anak yang cerdik pandai... Hubby bagi penghargaan untuk sign the report card sebab katanya cujie yang lebih banyak luangkan masa untuk buat homework & revision.