Tuesday, June 15, 2010

Pulau Mutiara

Selama 5 hari di kampung Perak, Batu Kurau macam² perkara dibuat. Hari ketiga dapat pergi mandi lata kat sempeneh iaitu pada hari Isnin. Itupun ramai juga yang datang berkelah. Kitorang bawak durian sebiji je untuk berkelah. Siap buat spa fish secara percuma!

Durian beli... durian ayah belum lagi, maybe kalau ada rezeki this raya dapatlah merasa durian hasil tanah sendiri. Ni beli dulu sebelum putih mata tak dapat makan durian. Beli je durian kat Pak Yas peraih buah-buahan dan sayuran di kampung. Murah juga la disebabkan kenalkan. Itupun kenduri sana sini... sempat juga ikut mak pergi kenduri aqiqah. Memula macam malas nak bersiap dah mak plak buat muka kesian. So ikut la kata nak jadi menantu mithali kan. Sesekali balik ikut jelah mak nak bawa gi mana pon. Segan juga nanti kot ada orang tanya dia selalu jawab ni la hak abang punya yang dok KL tu. Bila sebut KL mari tu agak segan ye.
On the second last day, hubby ajak pergi Penang. Jenjalan sambil bawak anak² mandi dan main pasir kat Batu Feringgi. Sayang sungguh semua dah jadi private beach. Dapat la lepas gian main ombak dekat teluk mende ntah. Hubby dan kiddos je yang mandi. Itupun Alesha takut bukan main. Lagipun on da way to mandi manda dia dah termuntah dalam kereta. Maybe perut dia terlalu full pastu dok terkinja² dalam kereta sambil dengar lagu. Langsung muntah habis baju cujie kena . Mak pula dok risau cucu dan anaknya mandi laut takut tsunami. Hehehe... asal hubby berenang jauh dari darat dia dah dok jerit² suh mandi dekat sikit.
Sebelum tu kami singgah makan kat kedai mamak, ayah dah teringin nak makan nasi kandar. Masuk gak Komtar. Pastu tak tau nak pergi mana... tapi sempat jugalah amik maps Penang free dekat counter firefly. Mujur ada maps dengan tu mudah sikit kami nak jenjalan sebab this is my first time menjejakkan kaki kat pulau mutiara tu. Maju juga ada sikit ala² masuk Pulau Temasek juga. Tak shopping apa pon. Kata cuci mata sambil makan angin. Cuaca pon panas.
So next time kami arif la sikit jenjalan kat Penang. Hati nak pergi lagi. Pergi juga Padang Kota tu tapi takde apa maybe hari kerja kan. Pusing² bandar then terus masuk perut feri before habis office hour kang terpaksa dok stuck dengan diorang nak balik keje ni. Sempat gak merasa solat kat masjid terapung tu... tempat kampung yang dilanda tsunami. Tapi sayang ada cerita kurang enak dari tok imam situ. Kesian.
Kami balik ikut feri. Agak jakun ye di situ. Maklum la first time. Bukan kiddos je... mak pak pun. Sibuk dok bergambar. Bukan kami sefamili je banyak je diorang bergambar. Pelancong seperti kami juga agaknya.
Ayat ulang : next time nak pergi lagi... heheh. Malam yang balik dari Penang tu our niece, Suhana demam panas. Dia pula bayi pra matang sobila demam tu agak teruk sikit. Maybe cuaca panas. Mak la dok jaga sampai dekat subuh baru la dia nak lena. Kalau tidak nak merengek je. Kalau layan ok la. Kalau tidak... tak dapatlah tidur. Then esoknya plak Ahmad Haikal demam. Pening kepala katanya. Sampai pokok pun dilanggar masa nak buang air kecik kat hentian sebelah Gua Tempurung. Hari pertama di KL, Alesha pula demam... penangan Penang kot. Tapi demam sehari je. Bawak mandi... letak cool fever, makan ubat demam. Alhamdulillah.

No comments: