Tuesday, June 1, 2010


Kejadian 2 weeks a ago baru sekarang nak update, mujur tuan empunya masih tak lupa kata laluan blognya itu. Apa itu kata laluan, kata laluan adalah password. Password adalah gabungan tenaga daripada pasport dan sword. You guys tahu apa itu pasport dan sword. Sila buka kamus dewan bahasa untuk lebih lanjut. Kang panjang plak cerita kat sini.

Pada hari sabtu sehari selepas kejadian makan-makan di Jeram. Kami anak beranak serta emak dan adik beradik cujie kembali ke tempat di mana kami membesar iaitu di Keramat Wangsa. Maklumlah lebih 20 tahun di sana. Kemunculan kami di sana di atas memenuhi jemputan jiran lama kami. Sangat meriah ok. Theme color sangat serupa like mine masa dolu-dolu. Terkenang majlis sendiri di tempat yang sama 5 tahun dahulu. Cuma kali ni rasanya lebih vouge dari cujie dulu. Maka terjumpalah dengan ramai makcik dan pakcik yang dulu nampak muda belia sekarang makin matang rambutnya istilah lain adalah uban.
Jumpa juga budak-budak mengaji serta anak murid mengaji cujie. Memasing sudah bujang dan dara yang memalu jumpa cikgu ngaji yang tak bertauliah ini. Dulu kalau pakcik ngaji dah penat nak ngajar disuruhnya cujie ajar plak. Huhu... jadi tak dapat balik awal la. Muka cujie akan muncung sedepa.
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Sungai Nerek, Pahang. Sangat berhati-hati ketika membawa Ahmad Haikal yang masa tu sangat fragile. Alhamdulillah nenek makin sihat. Nenek masih juga nampak uzur dan kurang kenal dengan kami. Nenek mungkin dah tak boleh berdiri dan berjalanan tanpa bantuan. Nenek pun dipakaikan diapers. Sempat juga kami singgah pusara arwah abah. Kami tak lama di sana... singgah rumah mak ngah kat Jengka 19. After Maghrib bertolak to KL dalam hujan renyai. Selamat tinggal Temerloh untuk beberapa bulan. Ada rezeki dan panjang umur jumpa lagi.

1 comment:

Rara said...

eiishh teruknya muka aku T_____________T eiii