Monday, June 14, 2010

Half semester

Hati asyik menggeletis tengok orang update sana update sini.

Tapi tangan seakan malas bekerja. Hari ni hati kuat merengek suruh juga update. Update tentang kita balik kampung Batu Kurau di Perak. Ok tak. Pernah pergi sana tak? Owh sana ada air terjun tapi orang sana panggil Lata. Lata sempeneh sangat dikenali orang di sana. Kalau hari minggu berdedai orang dok mandi situ.
Umah parents in law pun hingga hari ni masih lagi pakai air bukit yang hanya RM1 sebulan iaitu RM12 setahun. Murahkan... tapi kalau musim hujan, air bukit agak kotor la sedikit bukan kotor apa pon... cuma ada pasir campur tanah gitu... ada dedaun kering. Sangat sejuk macam kita dok mandi kat air terjun la. Sangat best kalau mandi tengahari. Memang family sangat memahami kalau kakak ipar diorang ni dah masuk bilik air. Langsung setengah jam mandi... siap kadang terasa manisnya air bukit tu. Kalau musim kemarau air bukit lagi cantik dan jernih.

Kami bertolak hari Jumaat before office hours habis... minta pelepasan awal. Sampai kampung lebih kurang 9.30pm. Berhenti sekejap di R&R Tapah. Itupun full house... ramai juga balik kampung. Berborak sambil pekena durian kahwin yang 2-3 kali ganda besar dari biasa. Jenuh nak habiskan seulas durian... cukup seulas je makan akan kenyang sampai esok pagi. Terus gi umah mak ngah... sebab hari esok nak hantar rombongan meminang ke Batu 16, Batu Kurau. Dekat je. Hantaran semua dah 95% siap. Malam tu juga sis in law sampai dari Kulim. Malam tu juga la hujan turun lebat, syiok tidur bunyi atap zink.
Pagi esoknya kami ke bawah gunung untuk serok sarapan. Tapi disebabkan takde air kedai tutup. Kitorang pi pula warung mak long Dah. Itupun last kopek punya nasi lemak. Cuma dapat 8 bungkus. Niat di hati nak dapatkan dalam 13 bungkus.
Tengahari kitorang pi kenduri kahwin kat Kampung Changkat Perah. Then baru gi umah mak ngah kat anak kurau. Siap makan pulut dengan sambal udang petai terus gi Batu 16. Selamat semuanya.
Selamat bertunang buat Riduan & tunangnya semoga ke jinjang pelamin. Anda berdua masih ada tempoh kurang setahun menjadi bujang.

3 comments:

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

cantiknye gambar... tgk gambar kat sini..rasa rindu nak balik batu kurau jugak..dah lama tak jumpa atuk...:( terubat gak sekurang2nya bila nampak simpang tepi masjid yg nak membelok ke rumah arwah moyang erin)

Cujie said...

eh nanti raya... erin raya mana.
kalau raya ketiga kot balik batu kurau meh datang umah. SIL cujie kenduri kawen.

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

erin first raya belah ptg baru ada kat batu kurau.. tu pun kejap je...tido semalam, pastu dah kena balik rumah in law..

tu yg mcm susah nak jumpa cujie tu...