Thursday, June 24, 2010

encyclopedia

Masa zaman kanak-kanak dulu teringin nak banyak benda. Tapi simpan dalam hati sebab tahu mak dan arwah abah bukan datang dari golongan yang berada. Cukup makan dan pakai... buku cerita memang ada juga. Contohnya tu buku 'Bapaku Polis'. Buku tu sangat memberi makna bagi cujie. Bangganya mempunyai seorang abah yang bekerja sebagai Polis.

Bila dah pandai simpan duit... masa tu sanggup untuk membeli novel kesukaan. Puas hati kalau dapat beli bahan bacaan. Masa belum kawen dulu kinokuniya... MPH... Popular memang wajib berjam-jam dalam tu. Tak beli dapat tengok pun sangat senang hati. Masa tu pun bekas tunang yang sekarang merangkap encik suami suka hadiahkan novel. Sekarang ni bukan takat novel... majalah pun jarang je beli. Sebabnya cujie rimas nak menyimpan. Kang jadi tempat kumpul habuk. Semua buku, novel dan majalah masa muda memang dok terperap kat rumah mak. Mak suruh amik pon macam malas.
Hari ni dapat beli encyclopedia untuk anak². Dulu ntah beberapa bulan yang lalu dah beli satu. Ianya datang sendiri ke depan pintu office. Heheh... salesman datang office. Setiap satunya murah sahaja RM29.90. Dari muka surat satu sampai belakang... berwarna warni. Kualiti sangat hebat. Gambar sangat sharp ntah pakai camera belalai gajah apa la tu. Puas hati. Masa pembelian pertama hanya animals sahaja. Tapi kali ni ada 3 bahagian iaitu animals, nature & earth. Bukan anak je suka... umminya pun tumpang sama. Ada banyak fakta yang kita tak tahu even dalam national geography pon tak cerita. Eh ye ke cujie tu? Ke rumah dia tak amik channel tu... memang betul pun.
Hehe suka la. Harap anak-anak menjaga buku tersebut dengan sepenuh hati. Cujie plak tengah sedaya upaya menghabiskan Twilight : Eclipse. Boleh angau dibuatnya.

No comments: