Tuesday, June 22, 2010

Bila Touch'nGo hilang...

Bila kad Touch’n Go hilang dunia terasa makin sempit sukar nak bernafas. Nak lagi lagi beberapa kilometer nak masuk pintu gerbang tol tu. Walaupun baki dalam kad ada dekat RM50, sangat berharga bagi kami. Uish Kalau guna takat dari Tol Changkat Jering to Tol Subang masih ada boleh touch banyak kali la juga kat KL nanti.

Hubby minta cujie keluarkan TnG kad form his wallet. Ok memula nampak kad mesra, kad ahli tesco, ATM kad, driving license. Eh cuba sekali lagi. Eh sama juga. WTFreak! Mana ni… ok takde. Hubby minta tengok kat bahagian tengah tempat yang selalu driver akan rest arm kat situ. Erm… macam takde juga. Kita cuba lagi dengan keluarkan CD lagu. Hah betul takde juga.

Hati rasa panas nak marah tapi campur dengan sedih. Weh ego woi mana boleh lalu amik ticket transit kalau dah ada TnG. Itu perasaan pertama. Hubby berhenti di Petronas Simpang. Cek dalam seluar jeans dia kemungkinan dalam pocket seluar sebab kami baru balik dari Penang. Last guna TnG masa balik ke Taiping from Penang.

Sah hilang! Perasaan kedua mula timbul ruginya duit dalam tu. Masih boleh dapat tak bakinya. Tapi kalau tak ingat no. kad atau simpan no. kad tersebut mananya nak dapat refund. Takpe… mungkin boleh tanya pada kawan yang keje kat Faber Tower nanti.

Dua tiga hari kemudian…

Hubby tunjuk resit refill TnG. Alhamdulillah. Nasib ada. Nanti boleh tanya pada kawan yang kerja di Faber Tower. (ayat ulangan).

Seminggu kemudian…

Berjaya menghantar message to kawan yang bekerja di Faber Tower. Alhamdulillah boleh dapat refund walaupun kena tolak RM10 untuk admin fee. Takpe la janji dapat the balance. Susah takde TnG ni kalau time raya nanti. Kena beratur panjang. Ada smart tag tapi macam rosak je. Macam fobia sikit guna smart tag ni. Baru je ganti bateri tapi dia mcm tak dapat detect while lalu kat lane smart tag tu. Miss tol gate girl tu kata sebab bateri lemah tapi kami baru je ganti bateri. Malu kalau kena berhenti lama kat lane smart tag tu. Hehe…

Thanks to Pza.

Perasaan ketiga tenang rasa hati…

No comments: