Wednesday, May 5, 2010

wake up call

Hubby shift malam minggu ni. Seperti biasa bila beliau melangkah keluar pintu sambil melambaikan tangannya dan say ‘I love u’ masa itu juga tugas cujie bermula mengunci pintu grill. Kemudian akan membalas lambaiannya hingga hilang dari pandangan. Lalu akan menutup daun pintu. Harap maklum pintu rumah cujie bukanlah diperbuat daun tapi kami juga mempunyai pintu kayu seperti anda semua. Malah pintu rumah kami berwarna biru muda. Ohhh perlukah memberitahu kepada u guys.

Kemudian akan mengarahkan anak-anak masuk tidur sambil tangan akan set alarm di telefon tangan. Dan akan menutup lampu serta kipas di hall. Dan menutup dan mengunci pintu bilik pula. Berapa banyak pintu yang perlu ditutup sebelum tidur. Pada first night hubby memulakan shift malam memang agak kesedihan kerana terpaksa tidur tanpa teman tidur tersayang.

Tapi first night tanpanya menjadi kecoh pula. Bila telefon tangan cujie yang biasanya digunakan untuk set alarm menunjukkan blank screen iaitu screen putih sahaja without wallpaper ataupun jam yang biasanya terpapar dihadapan mana-mana telefon tangan sekarang ini. Mula otak berputar ligat bagaimana untuk bangun esok pagi tanpa terlambat.

Kebetulan pula sudah ada perjanjian dengan teman sepejabat untuk membawa daun bawang dan bawang goreng untuk mee bandung. Kalau lambat mungkin mereka akan makan mee bandung tanpa dua bahan itu tadi. Rasa macam tak seronok pula. Teringat petua yang diberi oleh seseorang. Katanya tepuk bantal sambil berniat untuk bangun esok pagi pada waktu subuh hari. Kemudian cujie pun tutup lampu dan mahu melelapkan mata. Hati masih tak tenang... masa kan mata mahu lelap.

Jadi cujie rasa cujie perlu juga mencari alternatif lain. Cujie mula teringat yang cujie kebiasaannya dulu tidur mesti buka radio. Sebab kalau ada lagu yang best automatic telinga mesti tangkap dan seakan tersedar sambil layan lagu tersebut. Bolehkah habit yang lama itu membantu. Ah cuba sahajalah… kalau ditakdirkan terlewat bangun nak buat macamana. Sudah berusaha sehabis baik.

Hah lagi satu cujie terpaksa on aircond bersuhu lebih rendah dari biasa agar kesejukan sentiasa membuat cujie tak lena tidur. Kiddos cujie dah selimutkan dengan comforter makin lena diorang tidur. Cujie yang macam udang mengerekot kesejukan. Tidur pun tidur-tidur ayam.

Cujie mula tersedar jam 4.21am… lambat lagi nak ke pukul 6am. Harapnya tidaklah terlewat bangun nanti. Tapi itulah kalau niat tu baik Allah makbulkan permintaan hambaNya. Alhamdulillah cujie bangun seperti biasa. Jam 5.45am itupun tersedar dari laungan azan Subuh. Thank you Allah… jadi hari baru berjalan seperti biasa cuma mata cujie mengantuk sikit.


Pagi tadi... mujur syada buat wakeup call. Kalau tak terbabas la bangun pagi. Subuh ke mana Ahmad Haikal pun boleh jadi lewat ke sekolah. Untuk pagi esok insyallah dah takde masalah. Sudah ada tukang kejut yang baru.


2 comments:

fikaryna said...

hmm..bila phone wat hal mmg x dpt set alarm..

tp dpt bgn pada waktunya alhamdulillah la..

Just Call Me Bitt said...

hey jumpa ko kat sini..hehehhee following u