Tuesday, May 11, 2010

+:~Study week~:+

Sungguh kembang kuncup hati bila esok anak akan menduduki peperiksaan. Fuh... mengalahkan peperiksaan SPM gitu penentu hidup dan mati! Dah 2-3 hari dok buat revision dengan Ahmad Haikal. Nampaknya Ahmad Haikal lebih kepada maths... tapi suatu hari masuk bilik tengok dia tulis huruf jawi kat whiteboard. Jadi la kan...
Hah ni kerja petang tadi. Sangat teruja dapat sticker dinding ni hinggakan masuk je dalam rumah terus sibuk nak menampal pokok dan burung². Niat di hati nak dapatkan yang jenis pokok yang ada sangkar burung tu. Lama dah aimed. Tapi takpe kita sambar dulu yang jenis burung yang terbang bebas.
Masa dalam proses melekatkan ke dinding yang paling kepochi anak dara tu. Sibuk sama nak menolong menampal. Ish. Sampaikan yang abangnya tidur serta merta bangun nak tolong juga. Mujur jadi juga pokok dan bunga serta burung kelicap terbang.
Macam happy tengok benda baru ni.

1 comment:

sz | m.a.s.s said...

hehee..samalah haikal ngan sarah pun ada assessment kinder kan...pandai dah abg tulis jawi...
psst: cujie, stiker tu canteklah..beli d mana?