Thursday, May 13, 2010

Perkhabaran dari Sungai Nerek

Received called from Mak Itam yang nenek tak berapa sihat. Memang semenjak dua ni dok ingat kampung Pahang je. Sejak operation hari tu memang tak balik lagi ke sana. Baru je dok tanya Angah bila dapat balik kampung. Rindu nenek satu hal rindu juga nak jenguk pusara arwah abah.

Hubby mula dah ajak untuk balik minggu ni tapi cujie ada kelas plak. Nasib baik mak datang minggu depan jadi dapatlah balik sama nanti. Buat masa ni Chik yang menjaga nenek. Nenek pun dah dipakaikan diapers dan tak larat nak bangun even ke toilet. Tidur pun tidur duduk dan berteleku dengan bantal sebab nenek semput kalau tidur baring.

Nenek memang kelihatan makin uzur bila arwah abah takde. Mungkin semangatnya hilang bila anaknya yang pergi dulu. Lagipun dia cakap kat mak itam yang dia rindukan anak dan cucunya. Insyallah nenek, kami akan balik.

Mengenai kelas tu... nantikan!

No comments: