Sunday, May 23, 2010

Medan Ikan Bakar, Jeram

Rancangan ini diusulkan oleh Angah untuk membawa keluarga makan di Kuala Selangor. Selaku kami yang sudah pernah menjejak kaki ke tempat dimaksudkan pada 3 tahun dulu maka kami agak sedikit arif ke tempat dimaksudkan itu. Kebetulan juga ini adalah birthday celebration untuk 3 orang pada bulan May ini iaitu Dina adik cujie, Alesha & emak.
Cujie ditugaskan untuk menyediakan kek SR yang bertajuk chocolate indulgence. Sungguh nyaman sekali dapat makan kek eh. Tapi sebelum acara pemotongan dimulakan... kita pi makan seafood dulu eh. Mak sampai je dalam pukul 4 petang from JB cujie suruh mak sesiap pada pukul 8pm. Bila mak tanya... kitorang cakap... Adalah...
Mak risau kitorang ni terus menyusur jalan... tak sesampai juga. Cakap juga la kitorang nak bawa mak ke Kapar makan seafood. Mak cakap mak puas dah makan seafood ni. Maklumlah kat JB memang everyday makan ikan, udang & ketam yang fresh tak lupa juga kupang. Tapi kali ni mak tak perlu penat memasak... kita cakap je nak makan apa. Ting! nanti sampailah hidangan yang diminta.
Makan kat Medan Ikan Bakar. Sungguh cepat, murah dan hebat. Berbaloi datang jejauh menikmati angin malam dan meredah pekan Kapar untuk dapatkan makanan sehebat ini.

Menu
Ikan siakap 3 rasa
Sotong goreng tepung
Butter prawn
Ketam goreng bercili
Tomyam (udang, ketam dan sotong)
Ikan bakar
kerang rebus
Sayur kailan ikan masin
telur dadar

Sejug air sirap

Makan untuk cujie sekeluarga 7 dewasa 2 kanak² just RM145. Ok makan sampai mengah. Ditaja oleh Angah Sdn Bhd. Thanks ye Angah len kali kalau nak makan lagi, kita pergi lagi.
Balik harus sedut inhaler dulu kemudian barulah upacara pemotongan kek. Tapi lupa nak snap. Sebab mood down due to kekurangan oksigen. Harap maklum.

ps. baru perasan takde satu pun foto hubbyku itu... hehe...

2 comments:

Liyanaa. said...

RARA <3 hihi

sedapnya kak cujie, byk betul mkn ni T_T nanti nak alamat dia boleh?

btw ahmad haikal siap ada putih2 lotion lg ey :P

Cujie said...

ynn budak comey,

ok akak send to your blog la the add. nanti pegi tau. tak tau jalan boleh ajak akak. hahaha