Saturday, May 1, 2010

Labour day @ Sg Congkak

Kami mengulangi sejarah bulan lepas untuk bercanda kembali dengan sungai lagi. Sungguh kehappyan sekali lagi. Kali ini disertai dengan lebih ramai.

Pada dasarnya kami ingin bermandian di Warisan Rimba di Hulu Kelang. Sungguh!!! Lebih kurang 12 tahun menetap di Setiawangsa, cujie langsung tak ambil peduli dengan cakap² orang sekeliling yang belakang zoo negara ada tempat perkelahan yang menarik yang dulu dikenali sebagai jeram. Arwah abah pun memang tak pernah nak bawa... selalunya ke Ulu Yam sahaja la. Mungkin faktor zoo tersebut yang memang disemadikan di dalam fikiran... tak kuasa nak mandi air kumbahan zoo tu. Yucksss... lebih kurang begitu. Ceteknya la akal sungai cujie itu.
Disebabkan kelewatan booking chalet kami tidak dapat merasa bermandian di warisan rimba. Sekali lagi kaki menjejak di sungai congkak yang sehingga kini tak pernah lagi kami temui congkaknya itu. hehe...
Sekali lagi cujie diberikan tugasan untuk marinate ayam. Mahu tidaknya memang sedap benar tangan ini memerap kepak ayam tersebut. Selepas 2-3 hari pastinya telapak tangan ku ini akan bersalin kulit mengelupas habis. Mulanya macam risau kenapa tangan jadi macam tu. Hubby yang peka dengan keadaan isterinya. Dialah yang menyedarkan cujie dek 'kepanasan' bahan² untuk memerap ayam menjadikan tapak tangan yang halus mulus ini menggelupas. Itu tak penting janji kami boleh menikmatinya bersama-sama dengan sekutu.
Chalet yang kami booking lebih besar dari yang lalu. Cumanya kami hanya menggunakan sehingga jam 1 petang = RM50. Kononnya dah ada orang booking lepas pukul 2 petang. Tapi sampai petang memang takde pun orang yang masuk. Plak tu berlambak tengok chalet yang lain pun kosong juga.
Cujie memang ada sikit masalah dengan toilet awam ni. Melainkan kalau untuk menyelesaikan hajat yang kecil sahaja. Boleh la juga tutup sebelah mata. Toilet memang bersih... tapi ada bau sikit.
Ringkasan untuk hari ini : saya sekeluarga memang happy. Oh ya... ayam yang dipanggang memang marvelous... daging burger dan sosej pun dipanggang secara berhemah sekali. Ini dikira sebagai mini gathering untuk warga ast. hehehe... tengok je muka happy kami. Kepada buruh² yang sentiasa dikerah tenaga anda... selamat hari pekerja. Hari ini hari anda... mana ada hari bos sedunia.

2 comments:

Farah said...

huhu..xdpt ikut krn dek bgun lmbt dan pening kepala.rugi2..kalo mau pegi rimba klang nak IKOT!he he

Cujie said...

Farah,

xpe next time KENA ikut tau. Kurang seri gitu takde double Farah. (ni Farah yang mana satu la ni)