Saturday, May 8, 2010

Bulan ini bulan mei

Pertama sekali meraikan buruh-buruh diseluruh dunia dengan mengadakan Labour Day. Ini termasuk yang bekerja di dalam labour room. Tapi bayi yang dilahirkan di dalam labour room tak boleh meraikan sehingga dia layak sebagai seorang buruh. Selamat hari buruh kasar dan halus.

Keduanya pula adalah hari untuk meraikan semua ibu yang berada di mana sahaja. Tapi untuk yang bergelar ibu yang membuang bayinya di tepi kaki lima atau meletakkan bayi yang dilahirkan di tong sampah samada sengaja ataupun sengaja lupa berserta niat. Itu ibu yang bertopengkan syaitan. Ibu yang sengaja mendera dan menganiaya anak mereka samada membiarkan third party yang melakukannya. Ibu yang dimaksudkan adalah ibu yang menyayangi dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anaknya tidak kira susah mahupun senang mahupun berada dalam hati yang duka lara. Kasihnya tidak berbelah bahagi. Hari ibu disambut setiap bulan May pada minggu ke-2 hari minggu. Happy mothers Day... everyday pun hari ibu.

Kemudian kita akan menyambut hari kelahiran adik bongsu yang tersayang. Memang pada awal kandungan emak, kami adik beradik memang sangat tidak tersuka hati. Kami rasa sudah cukup bertiga. Sehinggakan konon kami mahu memijak adik yang bakal dilahirkan itu. Mesti sedih hati mak masa tu. Fakta : Kami tidak mempunyai adik kecil selama 12 tahun. Tetiba pula nak beradik lagi. Malunya la masa tu kononnya. Bila adik keluar sahaja dari perut emak, kami bertiga la yang keseronokkan walau tidak dikurniakan adik lelaki. Kami menjaga dia ketika emak bekerja... bawa keluar bermain. Sayang dia... sepenuh hati, insyallah bakal berumur 10 tahun pada 14 Mei ini. Kami bertiga juga la memeras otak meletakkan nama adik kesayangan, Afiqah Adlina. Masih ingat nama kedua pilihan adalah Afiqah Hani. Tapi arwah abah lebih sukakan namanya yang sekarang ini... jadi kami panggil dia Dina Chubby. Selamat hari lahir adik...

Dengan izin Allah anak kedua suzikhai bakal berusia 2 tahun this year. Dia seorang anak yang keletah serta manja juga dimanjakan yang tidak keterlaluan. Dengan kelahirannya just before hari kelahiran bonda tersayang. Dilahirkan pada 20 Mei 2008. Kalau ditulis dalam angka saat cantik bagi kami – 20052008. Kerana pada 2005 kami berkahwin dan dikurniakan Ahmad Haikal. Dan pada 2008 kami dikurniakan puteri kami yang pertama. Tahun-tahun yang begitu bermakna bagi kami sekeluarga. Waktu kelahirannya pun sangat unik iaitu pada 4.55am. Dan jika diterbalikkan waktu itu tentu menjadi 5.54am dan itulah waktu kelahiran Ahmad Haikal. Comel bukan. Itu kuasa Allah. Sayang Alesha sayang makcik senah.

Bonda akan berumur 48 tahun pada 22 Mei ini. Sangat muda belia lagi. Still single... hehe. Emak sangat suka menjahit, mengait, memasak, mengemas dan lain-lain. Tapi bila emak mula menjahit emak mula malas memasak. Bila emak mengait memang emak sanggup mengait sampai tengah malam. Dulu selalu teman mak mengait sambil bersembang sampai pukul 2-3 pagi. Emak memang suka memasak tapi kadang memang malas juga. Bila emak mula mengemas mulut emak turut bekerja. Itulah emak saya dialah kawan gaduh saya juga. Emak memang kuat merajuk memang kena pandai pujuk. Kami memang sayang emak sangat-sangat dan dalam-dalam. Semoga emak sentiasa dalam kesihatan yang baik. Diberkati dunia dan akhirat.

Bulan ini bulan Mei. Sekian.


No comments: