Tuesday, May 11, 2010

Aku juga mau kawen...

Dekat cuti sekolah ni makin ramai yang buat kenduri kahwin. Sekarang ni pon tak perlu tunggu cuti sekolah. Saudara mara pun memasing ada kereta jadi mudah untuk bergerak. Kalau dulu memang harap bas ekspress atau keretapi je untuk perjalanan jauh. Lagipun dulu mana la ada highway perjalanan pun makan masa berjam-jam yang kini bila ada highway masa perjalanan dapat disingkatkan. Janji sediakan duit tol dan minyak saja.
Jemputan perkahwinan diterima dari kawan hubby. Kawan masa diorang ni main kereta dulu. Masa tu memasing nak berkereta kuasa turbo nak bawa lelaju je. Bila dah puas main kereta memasing la kawen cuma yang sorang ni je yang lewat sikit. So sabtu lepas kami ke Seksyen 24, Shah Alam memenuhi undangan perkahwinan tersebut.
Alesha memang terpegun tengok pengantin perempuan. Mulut tak berhenti 'tik...tik...' (cantik). Nak plak bila bersalam dengan pengantin perempuan tu. Mata dia dok mengekor je mana pengantin pergi. Bila diorang balik duduk atas pelamin, Alesha pun terpaku sama. Duduk tengok je takdelah penat nak menjaga dia. Hubby kesian tengok dia... bawa pi depan pelamin biar dia tengok pepuas.
Ahmad Haikal pula dok leka tengok orang nyanyi. hehe... jadi ummi diorang dapat makan dengan bersenang hati.

Selamat pengantin baru buat Mizan & wife.. semoga berbahagia selalu.

1 comment:

Sherry said...

great pics :D hehe.. check out giveaway

http://thereishappiness.com/?p=779

http://thatblog4me.blogspot.com