Wednesday, April 14, 2010

Pendaftaran murid tahun 1 ~ Part 2

pendaftaran melalui online sudah pun dibuat pada Isnin lepas. Amat mudah sekali hanya masukkan no. sijil lahir atau nombor mykid kemudian masukkan tarikh lahir dan pilih daerah dimana sekolah pilihan anda berada. Bila dah siap seme tu akan terpapar segala butiran yang minta diisi. Ala takat nama penjaga, NRIC No. penjaga dan sekolah pilihan dah siap. Boleh la print maklumat yang akan disertakan sekali dengan no. pin.
Tapi jangan ingat seme itu selesai di situ sahaja. Kena juga ke sekolah untuk pengesahan dari pihak sekolah. Lor ingatkan tak perlu lagi nak ke sekolah tersebut seperti entry cujie yang sebelum ini. Dokumen seperti sijil lahir, surat nikah ibubapa, bil utiliti perlu juga dibawa.
Haih gini la gayanya bila first time ni. Seme macam nak perfect. Jangan nanti kemudian hari timbul masalah. Dulu ingat hanya perlu ke sekolah sudah memadai. Tapi bagi yang tiada akses dengan internet boleh datang ke sekolah berkenaan dan pihak sekolah akan membantu anda.

Cujie pun dah call sekolah yang berkenaan penempatan persekolahan murid akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan. Tapi yang bermain di minda sekarang macamana caranya Ahmad Haikal nak ke sekolah nanti. Ada ke transportation. Ada ke bus yang boleh ambil-hantar Ahmad Haikal. hehehe... itu pun dah difikirkan. Padahal masih ada setahun lebih lagi untuk disusah-hati- kan...

Ahmad Haikal pun sekarang ni dah makin cantik dan kemas lega hati cujie ni..

5 comments:

fikaryna said...

wa..ahmad haikal da nak sekolah eh..

canggih la zaman skang..daftar darjah 1 pun bole online dah..

Sherry said...

good inFO :D

Sherry said...

but what website url?

Cujie said...

fikaryna,

maklumlah skg kan semua id menggunakan mykad atau mykid sahaja. hehe...

dunia di hujung jari...

Cujie said...

hi sherry,

thanks, I already mentioned in the earlier entry...

btw the url is http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/