Wednesday, April 14, 2010

Pendaftaran murid tahun 1 ~ Part 2

pendaftaran melalui online sudah pun dibuat pada Isnin lepas. Amat mudah sekali hanya masukkan no. sijil lahir atau nombor mykid kemudian masukkan tarikh lahir dan pilih daerah dimana sekolah pilihan anda berada. Bila dah siap seme tu akan terpapar segala butiran yang minta diisi. Ala takat nama penjaga, NRIC No. penjaga dan sekolah pilihan dah siap. Boleh la print maklumat yang akan disertakan sekali dengan no. pin.
Tapi jangan ingat seme itu selesai di situ sahaja. Kena juga ke sekolah untuk pengesahan dari pihak sekolah. Lor ingatkan tak perlu lagi nak ke sekolah tersebut seperti entry cujie yang sebelum ini. Dokumen seperti sijil lahir, surat nikah ibubapa, bil utiliti perlu juga dibawa.
Haih gini la gayanya bila first time ni. Seme macam nak perfect. Jangan nanti kemudian hari timbul masalah. Dulu ingat hanya perlu ke sekolah sudah memadai. Tapi bagi yang tiada akses dengan internet boleh datang ke sekolah berkenaan dan pihak sekolah akan membantu anda.

Cujie pun dah call sekolah yang berkenaan penempatan persekolahan murid akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan. Tapi yang bermain di minda sekarang macamana caranya Ahmad Haikal nak ke sekolah nanti. Ada ke transportation. Ada ke bus yang boleh ambil-hantar Ahmad Haikal. hehehe... itu pun dah difikirkan. Padahal masih ada setahun lebih lagi untuk disusah-hati- kan...

Ahmad Haikal pun sekarang ni dah makin cantik dan kemas lega hati cujie ni..

Wednesday, April 7, 2010

Pendaftaran murid tahun 1

Walaupun kurang dari 2 tahun lagi Ahmad Haikal akan menjejakkan kaki ke tahun satu. Mak paknya dah serabut kepala. Tak tahu nak pilih sekolah mana...

Memang sekitar kawasan kediaman kami ni ada banyak juga sekolah rendah. Paling dekat adalah 700meter dari rumah. Kalau salah, sila salahkan pakcik google map. Dia yang ukur tanah tadi. Cumanya cujie rasa lebih baik sekolah jauh sikit dari rumah seperti cujie dulu. Ini kerana kurangnya pengaruh rakan sebaya sekitar kawasan perumahan ni. Jadi Ahmad Haikal kurang ada kawan. hehe... selalunya kita nak anak-anak kita ada ramai kawan kan. Tak tak cujie tak pernah limit dengan siapa dan berapa ramai sekali pun. Cujie harap dia akan kurang berkawan dengan bebudak dengan rumah. And of course mereka tentu bersekolah sekitar kawasan sini juga lelebih lagi dengan sekolah yang hanya 700 meter itu.

Alasan kedua pula ialah mak pak mesti nak yang terbaik buat anak-anak. Bukan bermakna sekolah dedekat ni tak baik. Cumanya ala kalau korang sendiri dengar Sekolah Taman Medan... ala² scary gitu. Notti tu agak keterlaluan. Cujie biasa je tengok bebudak dok hisap rokok... hidu gam dalam plastik. Memang sungguh kurang menyihatkan. Abes sekolah yang cujie nak pilih tu bagus sangat ke? Ini cuma ikhtiar sahaja... dengan doa dan harapan apa yang baik didengar akan jadi kenyataan.

Prestasi sekolah tu juga sedikit sebanyak mendorong anak kita menjadi yang terbaik bukan... Lagipun dari zaman cujie sekolah lagi kalau dengar Convent, Methodist, st John dan sewaktu dengannya memang gah. Uih dalam hati nape la mak pak tak sekolah aku kat situ... Bahasa Inggeris diorang lebih baik dari sekolah kebangsaan ni. Tengok ajelah bangunan sekolah lain dari sekolah kita. Bukan nak bangga dengan pangkal nama tu... uih jauh sekali. Memang le agak risau... tapi dah tanya ada tak ciri-ciri tak sensitif itu, Insyaallah takde. Lagipun subjek dan kurikulumnya sama sahaja dengan sekolah kebangsaan.

Tapi itu semuanya adalah cadangan sahaja buat waktu ini. Sekolah yang digemari dan disukai buat masa ini adalah sejauh 4.2km. Keputusan adalah ditangan big boss. Kalau ok... insyallah terus proceed untuk register thru online. Lagipun di Selangor dah kena register thru online... nak kurangkan kos serta mengelakkan kebanjiran pelanggan di pejabat pendidikan. Makin mudah juga untuk kami yang bekerja ni tak perlu la ke sekolah semata-mata nak kan cop sekolah.

Bagi yang belum tahu sila klik sini